DOSM singkatan bagi Department of Statistics Malaysia atau dalam bahasa melayu Jabatan Perangkaan Malaysia. Mereka menyatakan terdapat peningkatan harga di kuala lumpur. Sepatutnya berlaku penurunan harga berikutan GST 0% dan tax free untuk tempoh 3 bulan.

Persoalannya, apakah tindakan KPDNKK terhadap peniaga, pemborong, pengeluar dan peruncit yang suka hati menaikkan harga tanpa ada sebab yang kukuh. Sedangkan harga minyak tidak berubah dan ringgit juga diniagakan normal (tiada kejutan ringgit jatuh merudum).

Apakah peniaga telah cuba mengaut keuntungan dengan mengubah harga sebelum perlaksanaan SST. Jika analisa data ini dikeluarkan, semestinya DOSM malaysia mengetahui barangan apakah yang naik dan kedai manakah yang sesuka hati menaikkan harga. KPDNKK sepatutnya bekerjasama untuk memastikan tiada kenaikan melampau ketika perlaksanaan SST.

Mampukah KPDNKK mengenakan tindakan. Itu persoalannya.