ECRL Najib Suruh Tubuh RCI, 1MDB Kenapa Tidak Tubuh Masa Pemerintahan BN

Najib seolah cuba meraiah simpati daripada rakyat pantai timur khususnya. Dengan kerjasama pas umno, najib mengharap penyokong pas akan menjadi pembelanya selepas gagal dalam mempertahankan umno dalam kerajaan malaysia.

Najib tampil dengan kenyataan seolah beliau seorang bekas perdana menteri yang adil dan tidak rasuah. Sedangkan ketika era najib BANkami sendiri diblock akses kerana sarat dengan maklumat 1MDB. Mungkin najib perlu memainkan peranan membawa pulang jho low sekiranya beliau mahu membersihkan kotoran yang melekat pada umno sebelum mempersoalkan tindakan kerajaan baru membatalkan projek mega BN yang dilihat tidak memberi keuntungan dalam situasi negara berhutang tinggi.


Najib Desak Tubuh RCI 3 Projek Billion

Datuk Seri Najib Razak menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menentukan jika wujud salah laku dalam 3 projek berbilion ringgit yang dibatalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini.

Tiga projek itu adalah projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Bekas perdana menteri itu turut menggesa kerajaan mendedahkan semua perjanjian, kajian impak ekonomi, kebolehlaksanaan dan analisa manfaat kos, untuk rakyat menilai sama ada 3 projek itu perlu diteruskan atau dibatalkan.

“Rakyat berhak mengetahui jika keputusan membatalkan itu dibuat atas alasan yang munasabah serta kukuh dan tidak dibuat bersandarkan kepada kemarahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) atau terhadap kerajaan China yang tidak mahu tunduk dengan kemahuan PH,” tulisnya di Facebook hari ini.

“Sehingga kesemua dokumen itu didedahkan, saya kecewa dan sedih bagi penduduk pantai timur Semenanjung kerana akan kehilangan pembangunan pemangkin kemajuan negeri mereka dan peluang untuk mereka meningkatkan taraf ekonomi sama seperti yang diperolehi penduduk di pantai barat.”

Selasa lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembatalan 3 projek itu yang membabitkan peruntukan besar, tetapi Malaysia tidak terlalu memerlukannya ketika ini kerana kedudukan kewangan negara dan beban hutang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Katanya, Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang memahami sebab pembatalan 2 projek yang disokong Beijing itu.

“Keutamaan kami ialah mengurangkan hutang. Buat masa ini, ia ditangguhkan sehingga kita mampu,” kata perdana menteri.

ECRL sejauh 688km menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu, Kelantan. Projek bernilai RM81 bilion itu dilancarkan tahun lalu dan dijadual siap pada 2024.

TSGP yang bernilai RM4 bilion pula meliputi pemasangan saluran paip gas sepanjang 662 km menghubungkan Terminal Gas Kimanis dengan Sandakan dan Tawau.


Dua projek itu digantung sejak Julai lalu.

MPP ialah projek saluran paip petroleum sepanjang 600km menghubungkan Melaka, Port Dickson dan Jitra di Kedah dengan kos kira-kira RM5.35 bilion.

Najib yang juga ahli Parlimen Pekan berkata, perjanjian projek itu mempunyai klausa penamatan (exit clauses).

“Ini bukan macam perjanjian-perjanjian konsesi IPP (penjana tenaga bebas) ataupun tol jalan raya dari zaman Mahathir dulu, di mana sehingga sekarang, kerajaan PH tidak dapat memenuhi janji untuk mansuhkan tol.”

Beliau berkata, pinjaman 3 projek itu adalah untuk 20 tahun dan kerajaan tidak perlu membayarnya sekaligus.

“Kita akan hanya membayar RM4.5 bilion bagi tempoh 20 tahun, termasuk tiada keperluan membayar untuk 7 tahun pertama.”

Sumber : FMT

Post a Comment

8 Comments

  1. Dgr kata pengikut pas kelantan dah mula sanjung najib. Kalau najib kna buang umno, aku syorkan pas kelantan amik dia sebagai bakal MB baru.

    Mesti gila2 projek mega kelantan.

    ReplyDelete
  2. Saya sayang najib

    ReplyDelete
  3. PAS tlng la bantu najin. Buat press desak RCI ditubuhkan. Tak pun buat demostrasi. Mesti ramai.

    ReplyDelete
  4. Bodoh punya blogger! Yang beria-ia nak batal ECRL tapi tak boleh batal sbb ialah MahaKUTTY! Tu sebab MahaKUTTY yg kena buat RCI, bukan pembangkang! Bodoh nak mamposs punya blogger! Apa takut MahaKUTTY punya kelentong terbongkar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dedak pantai timur ke ni?

      Delete
    2. Berapa tahun jibby cr salah mahathir.. Rci forex pn dh buat.. Mahathir kena tangkap x.. asal macai, bebal.. Ko pertahan jibon bijan buat apa.

      Delete
  5. Org pantai timur syg najib.. Lepas ni kalau ada prk kt pantai timur. Najib mesti bantu.

    Hail Najib!

    ReplyDelete
  6. Batal ECRL Untuk Sekat Kemajuan Negeri Pembangkang



    PEMBATALAN projek keretapi dari Pantai Barat ke Pantai Timur (ECRL) yang diputuskan semasa pemerintahan Barisan Nasional mencetuskan rasa kesal dan tidak puas hati negeri-negeri Pantai Timur, yang kesemuanya dikuasai parti pembangkang.

    Pembatalan ini menimbulkan persepsi bahawa ia dilakukan untuk membalas dendam terhadap pentadbiran sebelum ini dan menghukum negeri-negeri yang tidak berjaya dikuasai Pakatan Harapan.

    Selain Sabah yang turut diabai kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, projek ECRL yang sudah bermula proses pembinaannya boleh dianggap satu rancangan mengelakkan negeri-negeri pembangkang menikmati pembangunan dan kemajuan.

    Apa yang dikesalkan ialah selain pembatalan ECRL, Mahathir turut mengubah janji royalti 20 peratus daripada produksi kepada negeri-negeri pengeluar minyak kepada 20 peratus daripada keuntungan, yang mungkin lebih rendah berbanding royalti.

    Selain Sabah, semua negeri yang terkesan dengan royalti minyak dan ECRL ini ialah negeri dikuasai pembangkang.

    Pemimpin-pemimpin negeri terbabit menyatakan rasa tidak puas hati dengan pembatalan projek infrastruktur pengangkutan itu.

    Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembatalan merugikan ketiga-tiga negeri, yang kesemuanya diperintah pembangkang di Pantai Timur – Pahang, Terengganu dan Kelantan, yang mana kerja-kerja awal pelaksanaannya telahpun bermula.

    “Di Pahang sahaja, kemajuan yang dicapai ialah antara 13 dan 14 peratus setakat ini. Malah, di tapak-tapak seperti Genting dan Bentong, kerja-kerja mengorek terowong bagi laluan bawah tanah ECRL telahpun bermula.

    “Selain itu, kerja-kerja untuk pengambilalihan tanah sudahpun berada di peringkat Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri dan ini termasuk bagi tanah milik persendirian yang perlu kemudian diwartakan untuk ditetapkan jumlah pampasan kepada mereka,” katanya.

    Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata amat merugikan andai ECRL dihentikan terus lebih-lebih lagi proses awal pelaksanaan projek itu sudah berjalan.

    “Proses awal membabitkan pembinaan laluan, stesen, terowong dan jambatan sudah pun dilakukan termasuk mengambil alih tanah.

    “Malah, ada terowong sudah digali sejauh 50 meter dan pada hemat saya, langkah menghentikan pelaksanaan projek ini satu kerugian, sepatutnya boleh buat proses baru membuka tender kepada syarikat tempatan untuk adakan kerjasama dengan luar negara pada kos munasabah,” katanya.

    Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri memberi sokongan penuh dengan sebarang usaha membangunkan negeri itu oleh kerajaan persekutuan.

    “Sebab itu kita sokong penuh projek ini. Bila dibentang untuk kemajuan negeri dan perhubungan antara negeri di Pantai Barat dan Pantai Timur.

    “(Malah) pembinaan ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan. Atas sebab itu kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan dan membantu dalam proses pengambilan tanah dan lain-lain,” katanya ketika ditanya pandangannya berkenaan ECRL pada April lalu.

    ReplyDelete