Enggan Bercerai. Anak & Isteri Dibunuh Suami Secara Terancang

Seorang pakar bius warga Malaysia dituduh menyebabkan kematian isteri dan anaknya menggunakan bola yoga berisi gas beracun.

Khaw Kim-sun, 53, dituduh dengan sengaja meninggalkan bola berisi karbon monoksida itu di dalam but kereta dan membiarkan gas itu keluar lalu menyebabkan kematian ahli keluarganya.

Isteri dan anak suspek berusia 16 tahun dijumpai tidak bernyawa di dalam kereta Mini Cooper yang berkunci dan diletakkan di tepi jalan.

Kes itu telah menimbulkan tanda tanya kepada pihak berkuasa sehinggalah mereka menemukan bola yoga yang kempis di dalam but kereta tersebut.

Bedah siasat kedua-dua mangsa mengesahkan mereka mati akibat terhidu gas beracun karbon monoksida.

Suspek ketika dibacakan dua pertuduhan di mahkamah pada Rabu mengaku tidak bersalah membunuh isteri dan anaknya dalam insiden pada tahun 2015 itu.

Menurut pendakwa, tertuduh dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan pelajar dan meminta cerai daripada isterinya.

Tertuduh kemudian dipercayai merancang membunuh isterinya setelah pasangannya itu enggan menceraikannya.

Tambah pendakwa, tertuduh berkemungkinan tidak berniat membunuh anaknya setelah siasatan polis mendapati dia telah menyuruh anaknya menyiapkan kerja sekolah di rumah pada hari kejadian.

Tertuduh pernah dilihat oleh rakan sekerja mengisi dua biji bola dengan karbon monoksida di Chinese University, di mana dia bertugas sebagai profesor madya.

Sumber : astroawani

Post a Comment

2 Comments

  1. Siapa kata belajar tinggi2, moral seseorang tu juga tinggi.

    Bila bangang menguasai. Hidup hanya ilusi

    ReplyDelete
  2. Nasib baik bkn org islam.. Kalau islam ni, mesti siti kassim dh bangun tuntut pembelaan jakim ni.. Silap haribulan mahu lgbt buat demostrasi tuntut keadilan dari jakim...

    ReplyDelete