Kenali Larry Low Hock Peng, Bapa Jho Low


Nama Tan Sri Larry Low Hock Peng menjadi hangat selepas Polis Diraja Malaysia hari ini mengumumkan akan mengemukakan permohonan notis merah daripada Interpol bagi mengesan dan menangkap beliau dan anaknya iaitu Low Taek Jho atau Jho Low.

Kedua-dua ahli perniagaan itu berdepan sembilan pertuduhan berhubung pembabitan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nama Hock Peng mungkin jarang disiarkan di media berbanding Jho Low, namun beliau merupakan antara tokoh korporat terkenal di Malaysia dan Singapura.

Berikut adalah lima fakta mengenai Hock Peng, bapa kepada Jho Low:

1. Hock Peng pernah berkhidmat di lembaga MWE Holdings Bhd dari tahun 1985 hingga 2003. Fokus beliau di syarikat berkenaan adalah berhubung pembangunan perniagaan dan hal ehwal korporat.

2. Beliau pernah menjadi pengasas bersama Frenchken Group Limited pada tahun 1995 yang mempunyai operasi di Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.

3. Beliau merupakan dermawan untuk Jynwel Charitable Foundation.

4. Kekayaan keluarga ini diwarisi oleh Datuk Low Meng Tak yang dilahirkan pada 1922 di Guangdong, China. Meng Tak melakukan pelbagai perniagaan seperti perlombongan bijih besi dan penyulingan minuman keras di China dan Thailand.

5. Hock Peng berdepan satu tuduhan sementara itu anaknya, Jho Low berdepan lapan pertuduhan susulan pembabitan dalam skandal 1MDB. Pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas kedua-dua individu berkenaan.

Sumber : AstroAwani

Post a Comment

1 Comments