Ini bukan kisah Ali Baba dengan 40 penyamun. Maharaja perompak masih menyalak bukit, bebas lepas. Raja perompak Felda, Tabung Haji, dan berbagai badut super korap legasi Najib Razak dibuang kerja. Apakah mereka tidak punya skandal salahguna kuasa, korupsi atau pecah amanah? PDRM, dan Imigresen sudah muntah rakyat bercakap korupsi yang menjadi barah peringkat empat. SPRM macam singa pencen yg tiada gigi. Pencuri-pencuri kelas ikan sepat ronggeng diremand, pakai baju oren, digari tapi perompak kelas naga bunting lepas bebas.
Bullshit. Omong kosong.
Di Indonesia, bawah Presiden Jokowi berbelas menteri sudah dijeblos dalam penjara, juga para gabernor, lebih 100 wakil rakyat makan gratis dalam penjara. Selain dari itu banyak pegawai tinggi super korup juga makan percuma dalam penjara. Di Indonesia ada kesiriusan dari pemimpin negara mahu hapuskan korupsi sebagai 'addeen'. (lampu Aladin)
Korupsi sudah menjadi 'addeen' para lanun pimpinan Najib Razak. Kemenangan PH kerana rakyat benci korupsi dan pimpinan Najib yang dikaldaikan bininya. Manifesto PH juga mahu hapus korupsi. Soalnya banyak skandal korupsi, salahguna kuasa dan pecah amanah didedahkan para menteri. Bukti banyak. Mengapa para koruptor dan perompak ini masih berkeliaran seperti jalang tua? Mengapa tidak ambil tindakan tegas, remand mereka dulu kalau ada bukti kukuh, dan dalam masa sama heret ke mahkamah?.
Rakyat mahu lihat ketegasan kerajaan PH membasmi korupsi. Para pegawai tinggi yg korup mesti diheret ke mahkiamah, buang kerja, dijeblos dalam penjara. Jangan risau mencari pengganti mereka untuk memimpin kementerian mahu pun jabatan lainnya. Mesti beri peluang kepada pegawai-pegawai muda memegang jawatan penting menggantikan yg super korup. Yang penting mesti ada disiplin, tegas dan bukan cipta dongeng menentang korupsi. tapi para koruptor masih berlagak seperti merak di kayangan. Seratus hari sudah lepas, berbagai pendedahan penyelewengan, korupsi, pecah amanah didedahkan. Sekarang rakyat mahu tahu apa tindakan selanjutnya?
Tulisan : Yahaya Ismail
1 Comments
Betul kan.. Kenapa ye tidak ditangkap aja dong
ReplyDelete