Mengapa Penyamun Politik Masih Bebas ?


Ini bukan kisah Ali Baba dengan 40 penyamun. Maharaja perompak masih menyalak bukit, bebas lepas. Raja perompak Felda, Tabung Haji, dan berbagai badut super korap legasi Najib Razak dibuang kerja. Apakah mereka tidak punya skandal salahguna kuasa, korupsi atau pecah amanah? PDRM, dan Imigresen sudah muntah  rakyat bercakap korupsi yang menjadi barah peringkat empat. SPRM macam singa pencen yg tiada gigi. Pencuri-pencuri kelas ikan  sepat ronggeng diremand, pakai baju oren, digari tapi perompak kelas  naga bunting lepas bebas.
Bullshit. Omong kosong.

Di Indonesia,  bawah  Presiden Jokowi berbelas  menteri sudah dijeblos dalam penjara, juga para gabernor, lebih 100 wakil rakyat makan  gratis dalam penjara. Selain dari itu  banyak pegawai tinggi super korup juga makan  percuma dalam penjara. Di Indonesia ada kesiriusan dari pemimpin negara mahu hapuskan korupsi sebagai 'addeen'. (lampu Aladin)

Korupsi sudah menjadi 'addeen' para lanun pimpinan Najib Razak. Kemenangan PH kerana rakyat benci korupsi dan pimpinan Najib yang dikaldaikan bininya. Manifesto PH juga mahu hapus korupsi. Soalnya banyak skandal korupsi, salahguna kuasa dan pecah amanah didedahkan para menteri. Bukti banyak. Mengapa para koruptor dan perompak ini masih berkeliaran seperti jalang tua?  Mengapa tidak ambil tindakan tegas,  remand mereka dulu kalau ada bukti kukuh, dan dalam masa sama heret ke mahkamah?.

Rakyat mahu lihat ketegasan kerajaan PH membasmi korupsi. Para pegawai tinggi yg korup mesti diheret ke mahkiamah, buang kerja, dijeblos dalam penjara. Jangan risau mencari pengganti mereka untuk memimpin kementerian mahu pun jabatan lainnya. Mesti beri peluang kepada pegawai-pegawai muda memegang jawatan penting menggantikan yg super korup. Yang penting mesti ada  disiplin, tegas dan bukan cipta dongeng menentang  korupsi. tapi para koruptor masih berlagak seperti merak di kayangan. Seratus hari sudah lepas, berbagai pendedahan penyelewengan, korupsi, pecah amanah didedahkan. Sekarang rakyat mahu tahu apa tindakan selanjutnya?

Tulisan : Yahaya Ismail

Post a Comment

1 Comments

  1. Betul kan.. Kenapa ye tidak ditangkap aja dong

    ReplyDelete