PAS Kelantan Cemari Khutbah Aidiladha.. Inikah Cara Islam PAS Kelantan ?

Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan mendakwa PAS menggunakan khutbah hari raya Aidiladha untuk memfitnah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Naib pengerusinya Che Ibrahim Mohamed berkata, melalui teks khutbah yang dikeluarkan Dewan Ulama PAS Kelantan, PAS cuba menanam kebencian rakyat ke atas pemerintah dengan "menggunakan sentimen agama secara salah"

"PAS dengan sengaja menggunakan Islam untuk mempertahankan kedudukannya sebagai sebuah parti politik yang dilihat semakin hilang popularitinya.
"Kedudukan PAS yang semakin terdesak dan semakin hilang sokongan telah digambarkan sebagai satu ancaman kepada Islam dan Melayu.
"Khutbah Aidiladha yang dibaca oleh sesetengah khatib di Kelantan pagi ini secara jelas telah memfitnah kerajaan," katanya melalui kenyataan media semalam.

Che Ibrahim berkata, khutbah itu menuduh kerajaan HARAPAN bertanggungjawab "menghalalkan LGBT".

Selain itu, tambah Che Ibrahim, khutbah berkenaan turut mengaitkan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai "ancaman" kepada Melayu serta Islam.

"Ini satu tuduhan yang jelas berunsur fitnah dan mempunyai risiko yang besar di sudut hukum syarak ke atas orang yang menuduh itu sendiri kerana seolah olah telah menuduh kerajaan yang ada hari ini telah menghalalkan perkara yang Allah haramkan.
"Khutbah ini juga cuba mengaitkan isu bahasa Melayu dan pengiktirafan sijil UEC sebagai satu ancaman kepada agama Islam.
"Sedangkan bahasa Melayu dan sijil UEC tidak ada kaitan dengan agama Islam, bahkan sijil tersebut sudah lama wujud dan sehingga hari ini belum lagi diiktiraf oleh kerajaan.
"Khutbah Dewan Ulama PAS Kelantan yang mengaitkan isu UEC sebagai telah diiktiraf oleh kerajaan dan boleh memberi ancaman kepada agama Islam adalah jelas satu penyalahgunaan agama demi kebencian kaum," katanya.

Dalam kenyataan itu, Che Ibrahim juga menegaskan bahawa isu UEC tidak ada kaitan dengan Islam dan mendakwa PAS sendiri pernah berjanji dalam manifesto untuk mengiktiraf UEC.

"Saya mencabar Dewan Ulama PAS Kelantan bersedia untuk bersemuka dalam satu debat terbuka dengan Panel Syariah AMANAH Kelantan bagi membahaskan sejauh manakah kebenaran isu-isu yang dibangkitkan dalam khutbah tersebut dan apakah ancamannya kepada agama Islam seperti yang digambarkan," katanya.

Sumber : MK

Post a Comment

4 Comments

  1. hahaha

    Ckp la apa sekalipun. Org kelantan akan undi PAS. Lepas tu pergi kerja kat luar.

    Kemudian duk sanjung negeri sendiri. Seolah paling maju dalam malaysia.

    ReplyDelete
  2. Rakyat cerdik dapat menilai, mereka takkan ditipu selama selama, tiada Yang lebih teruk selain penipuan atas nama agamA,

    ReplyDelete
  3. Hodoh sungguh akhlak lebai yang mengaku pejuang Islam kononnya. Sebegitu mudah buat fitnah seperti orang tidak beragama. Poooraaah.

    ReplyDelete
  4. Inilah namanya terdesak... Mcm dh takde hari lain ko nk politik.

    ReplyDelete