Sindir Mahathir - Ibarat Buat Pinjaman Untuk Beli Cincin Berlian Untuk Isteri


Apabila kamu tidak mempunyai wang, jangan sampai berhutang dengan meminjam lebih daripada apa yang dibayar, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau memberi amaran tentang perangkap hutang seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan mengibaratkannya umpama membeli berlian untuk seorang isteri.

Jika kamu mahu beli untuk isteri anda dengan wang kamu tetapi tidak mampu, apa yang boleh kamu buat? Kamu pinjam wang dan membeli cincin berlian itu, maka selamanya kamu berhutang.
Kerajaan sebelum ini meminjam wang, jumlah yang sangat besar. Meminjam wang dalam keadaan yang buruk dan membayar kadar faedah yang tinggi.
Kita tidak akan membuat duit dengan mempunyai kereta api (ECRL) atau mempunyai kereta api berkelajuan tinggi. Kami tidak mampu.
Jika kita teruskannya, kita akan hutang berbilion-bilion ringgit, kata Dr Mahathir kepada 500 orang rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di Beijing semalam.

Perdana menteri menjawab soalan daripada seorang hadirin semasa sesi soal jawab yang bertanya tentang tindak balas negatif oleh ramai penduduk tempatan di China mengenai langkah kerajaan untuk membatalkan atau menangguhkan projek mega di negara ini.

Dr Mahathir mengingatkan hadirin bahawa hutang negara mencecah satu trilion ringgit dan kerajaan tidak akan mencukai rakyat untuk mendapatkan jumlah itu.

Kita perlu mengurangkan pinjaman, dan salah satu cara untuk mengurangkan pinjaman adalah untuk membatalkan projek-projek itu, atau sekurang-kurangnya menangguhkannya sehingga kita ada wang.
Itulah sebabnya kita sedang berunding dengan kontraktor China dan kerajaan sama ada menangguhkan atau menggugurkan projek tersebut, katanya.

sumber : MK

Post a Comment

2 Comments

  1. tua renta masih mencaci.... tak ingat kubur ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. tua dia dpt jadi PM.. ko jd pencacai

      Delete