Temuduga Kehendaki Berbogel Dihadapan Wanita, Kadangkala Kemaluan Disentuh ?


Kerajaan digesa meneliti proses temuduga kemasukan ke Universiti Pertahanan Awam Nasional Malaysia dan Maktab Tentera Diraja berikutan dakwaan berlaku prosedur yang mendatangkan aib serta bertentangan budaya ketimuran.

Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (PAS – Dungun) berkata, menerusi sepucuk surat oleh seorang mahasiswa terbabit telah mendakwa mereka melalui prosedur yang menghendaki berbogel beramai-ramai dan dihadapan staf perubatan wanita.

Selain itu maklumnya, dalam keadaan mengaibkan itu, mereka disuruh melakukan beberapa aktiviti seperti ‘pumping’, melompat-lompat serta pelbagai lagi termasuk dari Kor Agama (Kagat) dan kadangkala kemaluan mereka disentuh staf-staf tersebut.

Perkara itu diutarakan beliau ketika berucap mengambil bahagian dalam perbahasan Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini kelmarin.

Kita mempunyai kira-kira 5,000 graduan perubatan setiap tahun dikeluarkan universiti yang dinyatakan akhbar Berita Harian 5 September 2017. Soalan saya adakah sudah tidak ada lagi staf perubatan lelaki bagi mengendalikan prosedur-prosedur temuduga ini?
Saya pohon dari maklumat luahan surat ini supaya diambil perjalanan untuk dilihat dan kalau perlu kepada pembaikpulihan yang sangat mustahak bagi menghormati masyarakat Timur, Asia dan juga termasuk dari kalangan bangsa kita sendiri sama ada Cina, India, Melayu dan apatah lagi ia melibatkan orang-orang Islam, ujarnya.

Sumber : HD

Post a Comment

0 Comments