Terkini! Gaza Semakin Tertekan! Peperangan Terbaru Mungkin Berlaku!

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kini kehabisan dana untuk membayar bahan api diperlukan untuk mengendalikan hospital, mengairi tanaman dan kemudahan kritikal lain di Semenanjung Gaza, kata ketua politiknya, Rosemary Di Carlo semalam.

Di Carlo juga memaklumkan Majlis Keselamatan, kemuncak keganasan terkini antara Israel dan pejuang Palestin ‘mengancam menjerumuskan Gaza ke kancah peperangan.’

Majlis Keselamatan mengadakan mesyuarat bulanan berkaitan konflik Israel-Palestin ketika PBB sedang berusaha bersama Mesir untuk menangani krisis kemanusiaan di Gaza, sekali gus menghentikan keganasan.

Di Carlo berkata, beliau ‘amat bimbang pembiayaan untuk bahan api kecemasan PBB, yang mengendalikan kira-kira 250 kemudahan kritikal di Gaza kini kehabisan’ dan merayu dana AS$4.5 juta (RM18.46 juta) bagi memastikan kemudahan itu berfungsi sehingga hujung tahun.

Penolong setiausaha agung untuk hal ehwal politik PBB itu juga menyuarakan kebimbangan berhubung ‘kehabisan bekalan kritikal ubatan penting’ selepas 40 peratus stok ubatan habis sepenuhnya.
6
Gaza menyaksikan kebangkitan keganasan sejak bantahan Palestin bermula akhir Mac lalu disambut serangan Israel, mengorbankan 171 penduduk Palestin.

Wakil PBB, Nickolay Mladenov dan pegawai Mesir berusaha menjadi orang tengah perdamaian antara Israel dan Hamas, yang mentadbir Gaza. Kedua-duanya berjuang tiga peperangan sejak 2008.

Media Israel membuat spekulasi satu perjanjian mungkin membantu melonggarkan sekatan melumpuhkan Zionis di Gaza sebagai pertukaran keadaan tenang di sempadan serta pengembalian mayat dua tentera Yahudi dibunuh pada 2014.

Israel juga menuntut kepulangan dua warganya dipercayai ditahan Hamas.

Pada masa sama, Di Carlo menggesa semua pihak memastikan bantuan kemanusiaan segera sampai ke Gaza.

Sumber : BH

Post a Comment

2 Comments

  1. Semoga mereka tabah dan cekal mempertahankn tanah islam.

    Maafkan kami.. Tidak mampu bersama

    ReplyDelete
  2. perang akan memuncak di seluruh dunia dan akan cepat berakhir dengan satu perang yang besar

    ReplyDelete