Walaupun telah berpuluh kali pihak kerajaan menyatakan tidak akan menyokong mana-mana gerakan liberal yang cuba meresap dalam negara, pihak yang menentang dan menyokong tetap menyebarkan dakyah mereka. Satu pihak menyebarkan seolah golongan LGBT, Pluralisme, Feminisme dan Liberal bagus untuk masyarakat. Manakala satu pihak lagi berterusan mahu tindakan tegas kepada golongan tersebut dan mengharapkan golongan tersebut tidak wujud dan dilenyapkan.

Persoalannya, apakah dengan seminar tersebut dihadiri oleh mereka yang menyokong LGBT atau hanya mereka yang menolak golongan tersebut. Dan apakah impak tersebut terhadap masyakat terhadap kesedaran daripada seminar tersebut. Ataupun ia hanya menambahkan lagi suasana genting antara 2 pihak.

Merujuk kepada laporan harakah hari ini menyatakan Seminar Bahaya Islam Liberal anjuran kerajaan negeri akan diadakan 1 September ini di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.

Ia akan bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Seminar itu menghimpunkan 3 kertas kerja bertajuk :

  • ‘Bahaya Pemikiran Islam Liberal, 
  • ‘LGBT dan Feminisma’ 
  • ‘Bahaya Pluralisma Dalam Islam’ 

Menampilkan pembentang dari Institute for the Study of Islamic Thought & Civilizations (INSISTS) dari Indonesia.

Setiap kertas kerja akan diulas pengulas tempatan dengan mengambil kira senario masa kini ancaman liberalisma di Malaysia termasuk anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan serta Pengerusi Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung.

Seminar tersebut akan dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob. Penyertaan percuma dan terbuka kepada orang ramai.

Seminar terbabit diadakan dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) dan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) serta Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA).

Dr Johari yang juga Pengarah IPTG bagaimanapun berkata, pihak penganjur merakamkan setinggi penghargaan kepada RTM yang memberi kerjasama dan komitmen tinggi bagi menjayakan promosi program berkenaan.

“Bagaimanapun pembatalan siaran langsung yang sepatutnya diadakan hari ini dimaklumkan pihak pengurusan RTM Kelantan petang semalam tanpa dinyatakan alasan,” katanya di sini.

Difahamkan RTM Kelantan menerima arahan pembatalan dari pihak atasan di Kuala Lumpur.

Pada Ahad lepas program berkenaan disiarkan Manis FM melalui slot Manis Sokmo yang dikendalikan DJ Jun Hamid.

Bual bicara itu menampilkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata, Dr Md Yusnan Yusof.