Adakah PAS Menyokong Siti Kassim Menentang Anwar "Langkah PD" ?

Langkah PD Anwar dilihat gelojoh oleh sesetengah pemerhati politik. Mereka melihat Anwar Ibrahim tidak perlu terlalu gelojoh untuk mendapatkan mandat menggantikan Tun M. Terdapat pula desas-desus Team Rafizi vs Team Azmin, ditambah dengan langkah PD yang semakin memperlihatkan Anwar sekeluarga terdesak untuk berada dalam kabinet malaysia.

Aktivis popular yang menyokong gerakan kiri tampil menentang gerakan langkah PD yang dilihat membazir dan secara tidak langsung siti kassim menyatakan sokongan untuk pembangkang supaya Anwar sekeluarga diberikan pengajara supaya tidak gelojoh.

Dalam satu laporan FMT, Aktivis Siti Zabedah Kasim menggesa para pengundi Parlimen Port Dickson jangan mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membiarkan pembangkang memenangi pilihan raya kecil itu nanti.

Siti Kasim berkata “PKR dan keluarga Anwar mesti diberi pengajaran” kerana ini kali ketiga mereka mengadakan pilihan raya untuk memberi laluan kepada pemimpin utama PKR itu.

“Mereka fikir mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka sehingga menjejaskan kita? Tidak!” katanya di Instagram hari ini.

Siti Kasim ketika dihubungi FMT berkata Dr Mahathir, 93, yang memberi kemenangan kepada PH dan adakah Anwar akan berterusan mencari kerusi untuk ditandingi sekiranya tewas di Port Dickson.

“Ini yang berlaku apabila perjuangan berdasarkan individu berbanding rakyat. Bertuankan individu lama-lama jadi Umno, ikut sahaja tak pakai otak,” katanya.
“Jika dia tidak boleh jujur dan terbuka terhadap partinya, dia tidak boleh dipercayai rakyat.”

Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar ke Parlimen, selepas tempoh hilang kelayakan 5 tahun luput. Beliau hilang kelayakan bertanding selepas disabit kesalahan rasuah.

Kemudian, pada 2014, Adu Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun kes mahkamah menyebabkan beliau diganti Dr Wan Azizah, dan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali menjadi menteri besar.

Post a Comment

3 Comments