Dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah semestinya mesti mengikut prosedur perundangan supaya tiada perkara berbangkit yang boleh menyebabkan sesuatu pertuduhan terbatal. Kami menyokong tindakan mengenakan tindakan sebat terhadap pesalah LGBT untuk kesedaran mereka kembali kepada fitrah.
Dalam isu sebat lesbian, apakah kementerian kesihatan dirujuk terlebih dahulu sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan. Ini kerana menteri kesihatan tidak memberikan respon apabila ditanya isu sebatan lesbian tersebut walaupun mengetahui pegawai perubatan hadir semasa hukuman tersebut dijalankan. Atau menteri enggan menjawab bimbang disalahtafsirkan oleh netizen. Jika pihak kementerian mendapat makluman, semestinya tiada masalah untuk Dr Dzulkefly mengulas bagi pihak kementerian.
Merujuk kepada kenyataan daripada kinitv. Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad enggan mengulas polisi kementeriannya berhubung kehadiran pegawai perubatan ketika hukuman sebatan syarie dijalankan.
“Minta maaf saya tidak boleh (komen),” katanya ringkas ketika ditanya berkaitan proses sebatan terhadap pasangan seks di khalayak, di Kuala Terengganu semalam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan Saintifik Kesihatan Bersekutu kali ke-12 bagi tahun 2018, di Bangi, Selangor, hari ini.Semalam buat pertama kalinya hukuman sebat di khalayak umum dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
Kehadiran pegawai perubatan turut dilaporkan bagi mengesahkan tahap kesihatan tertuduh bagi membolehkan tertuduh bersedia menerima hukuman sebat.
Sementara itu, Dzulkefly yang juga anggota parlimen Kuala Selangor berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut mengikut keperluan kementeriannya.
“Saya akan keluarkan kenyataan kemudian. Dalam waktu yang terdekat kalau saya rasa perlu untuk (keluarkan).
“Tapi saya memerhatikan semua itu,” katanya.
Bagaimanapun ketika ditanya pandangan umum beliau berhubung tindakan tetap mengelaknya.
1 Comments
Kahkahkah... Menteri lambat dpt makluman. Mcm mana nk ulas... Kot dia pun baru tahu
ReplyDelete