AMANAH Terengganu Nafi Fitnah "Bantah Pesalah Lesbian"

HUKUMAN SEBATAN TERHADAP PESALAH LESBIAN DI TERENGGANU

1. Satu kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2018 (saya percaya ia sepatutnya ditulis 3 September 2018) kononnya oleh Urusetia Pakatan Harapan yang membantah peaksanaan hukuman sebatan terhadap pesalah 'lesbian' di Terengganu sedang tular di media sosial secara berleluasa.

2. Saya sahkan bahawa ia adalah palsu dan bertujuan menimbulkan kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Pakatan Harapan kononnya Kerajaan mengiktiraf kelompok LGBT di negara ini.

3. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam persidangan Dewan Negara minggu lepas, Kerajaan tidak pernah mengiktiraf golongan tersebut apatah lagi hak mereka untuk melakukan perkara-perkara maksiat yang terlarang.

4. Pakatan Harapan Terengganu akur dan tidak membantah apa jua hukuman yang di tuntut oleh Islam memandangkan ia sedia termaktub dalam undang-undang.

4. Walau bagaimanapun kami kesal apabila ia dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk menggambarkan bahawa PH menentang ia dilakukan.

5. Hentikanlah politik fitnah dan kebencian.

YBM Raja Kamarul Bahrin Shah
Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu
Tarikh : 3 September 2018

Post a Comment

0 Comments