Siapakah MASRI Sebenarnya - Ramkarpal vs SPRM

Situasi tegang urat terkejut kes guan eng nampaknya sedikit keliru urat penegang. Selepas pengguguran kes, Ramkarpal seolah tidak berpuashati dengan kenyataan terkejut SPRM.

Ramkarpal - SPRM Jangan Buat Tak Tahu

Kami masih cuba memahami apakah yang "SPRM jangan buat tidak tahu". Adakah ia merujuk kepada perjalanan kes ataupun merujuk kepada arahan politik dibelakang tabir.

Jika merujuk kepada artikel malaysia dimana Ramkarpal berkata, hakim membuat keputusan yang betul dan konsisten dengan trend mutakhir.

"Hakim yang bijaksana menggunakan kuasa yang ada dengan memerintahkan pembebasan itu dan bukan dilepaskan tanpa dibebaskan," katanya, sambil menambah hakim tidak membuat kesilapan apatah lagi selepas pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan kes.

"Dalam kes ini, Lim dan Phang memberikan hujah terperinci dan meluas kepada peguam negara berhubung mengapa dakwaan perlu ditarik balik, yang telah diambil kira sebelum hari ini," katanya lagi.

Menurut Ramkarpal, kenyataan SPRM menunjukkan Masri tidak tahu akan keputusan pejabat peguam negara itu.

"Tiada apa yang mengejutkan dengan keputusan itu kerana tiada siapa yang patut dibiarkan dengan kemungkinan didakwa pada masa akan datang ekoran perintah dilepaskan tanpa dibebaskan, terutama selepas ada petanda jelas yang pihak pendakwaan mahu menggugurkan pendakwaan.

"Ini adalah persoalan asas dan sangat mengecewakan apabila SPRM gagal memahaminya," katanya.

Justeru, beliau menggesa Masri untuk menjelaskan keadaan dan mengakui beliau memang tahu tentang keputusan itu.


SPRM - MASRI bukan Pegawai SPRM

Memetik laporan malaysiakini juga memberitahu peguam Lim tersilap dalam mendakwa pegawai SPRM yang memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini untuk menggugurkan pertuduhan tersebut.

"Arahan untuk menarik diri daripada kes ini tidak datang daripada SPRM. Jika ada, sudah pasti (Ketua Pesuruhjaya SPRM) Datuk Seri Shukri (Abdul) tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan suruhanjaya itu terkejut dengan keputusan itu.

"(Mohd) Masri (Daud) juga bukan pegawai SPRM. Beliau ialah timbalan pendakwa raya yang mewakili Pejabat Peguam Negara (AGC).

"Beliau (Masri) tidak berbincang dengan SPRM mengenai menggugurkan pertuduhan," kata salah seorang pegawai suruhanjaya itu.

Sumber berkata pegawai SPRM cuma berperanan sebagai penyiasat dan pihaknya tidak boleh membuat sebarang pertuduhan di mahkamah tanpa persetujuan pendakwa raya awam.

Post a Comment

1 Comments