Adun PAS Pahang Belum Sedar Diri Ke Ni.. HAHAHA

Semalam dah berpeluk tubuh, Haji Hadi juga berpakaian baju melayu dan tidak mengenakan jubah seperti biasa. Tapi malangnya masih ada adun pas bersikap pembangkang di negeri ta'awun. Sepatutnya mereka duduklah semeja ketika muktamar, bincang tepi sudah. Tunggu masuk dewan undangan negeri. Bahas kat situ. Jangan dalam muktamar jer bersungguh, tapi tak diusul dalam dewan undangan negeri pahang. Insyallah lebai baru daripada BN akan menurut perintah demi islam.

Menurut FMT, Perwakilan PAS Pahang, Zuridan Mohd Daud mencabar kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) menukar cuti hujung minggu di negeri itu ke Jumaat bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk bekerjasama dengan parti Islam itu.

“Kita cuma ada satu permintaan, kalau betul Umno hendak bersama kita, kami Adun PAS di Pahang bersepakat menuntut Jumaat (dijadikan) hari cuti sepertimana Kelantan, Terengganu dan Johor.

“Kita mohon kepada pemimpin di Pahang supaya berusaha menjadikan Jumaat hari cuti sebagai tanda, bukti kesungguhan untuk kerjasama kita dan Umno-BN.

“Kita mesti meneliti sejauh mana keikhlasan Umno dan BN dalam menerima dasar-dasar kita dan tidak menentang usaha kita untuk mengeratkan syariah Allah,” kata Adun Damak itu ketika membahaskan ucapan dasar presidennya pada Muktamar PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, malam tadi.

Pada 27 Julai lalu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar dilaporkan berkata, parti itu bersedia menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam usaha menjadikan Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

Katanya, cadangan menukar cuti hujung minggu di Pahang kepada Jumaat dan Sabtu berbanding Sabtu dan Ahad ketika ini dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat.

Beliau berkata, PAS Pahang akan membuat pungutan suara dan mengumpul tandatangan rakyat yang menyokong cadangan itu sebelum menghadap Tengku Abdullah.

Post a Comment

1 Comments

  1. Rasanya mereka sendiri tidak faham konsep taawun Hadi Awang. Kalau mee soo hun atau penyakit taun mungkin lebih difahami. Lain kali Hadi Awang guna Bahasa Melayu sahaja. Keturunan bukan dari Tanah Arab pun nak berArabic sana-sini. Inikan Tanah Melayu. Hahaha.

    ReplyDelete