Masalah Internet Slow - TM Monopoli Atau Syarikat Telco "Peluk Tubuh"

Bukan mahu kata aku backup TM, ini FAKTA dari pengalaman sendiri.

TM MONOPOLI?

Pernah dengar tak masalah bila ada yang mahu pasang internet dirumah tapi TM tidak dapat beri kerana port penuh?, Atau masalah internet perlahan/intermittent dan tone telefon bising?

Ini namanya masalah infra,

Bila diajak syarikat Telco lain untuk sama melabur membina infra, semua diam pakat peluk tubuh.

Maka TM berseorangan membina infra mengikut kemampuan budget yang ada.

Bila infra sudah siap, muncul balik syarikat telco lain datang menumpang dan perkenalkan pakej yang murah.

Bila servis bermasalah, dihentam balik kata TM monopoli punca tiada persaingan sihat didalam memberi servis yang baik.

INFRA ITU APA? Tu cable bawah tanah dan tiang ke tiang yang berkilo-kilo meter tu. Serta Server yang kos nya hampir juta.

Menteri pun satu hal, mahu wujud kan servis internet yang bagus wujudkan lah community mengabungkan syarikat telco yang ada untuk duduk berusaha menaik taraf infra internet, bukan menyuruh memberi 'double speed half price.'

Infra kalau hancur ingat speed laju-laju tu boleh support ke.

Ini di jalan Klang Lama tu, duct(laluan cable) semua penuh. Dbkl pula setiap bulan tar jalan timbus habis manhole TM. Habis technician tidak dapat maintain infra sebab manhole hilang ditimbus.

"Saja nak rakyat tahu, internet di Malaysia ni mundur sebab tiada kerjasama antara satu Sama lain, masing-masing mahu jaga punggung(untung) masing-masing.

Kemudian TM di kambing hitam kan.

Sumber : Adis Malik

Post a Comment

0 Comments