Annuar Musa Ramal HARAPAN Bakal Tumbang Kerana SST


Perkenalan semula SST bermula semalam mendapat pelbagai cemuhan dan persoalan daripada rakyat kenapa terdapat restoran yang mengenakan services tax padahal diketahui mereka tidak tergolong dalam kelompok yang boleh mengenakan services tax kepada pengguna.

Ahmad Maslan dalam twitter juga mempertikaikan kenapa restoran sederhana mengenakan tax dan perkara tersebut mendapat kecaman dan galakan daripada pengguna twitter. Mungkin netizen masih teringat GST merujuk kepada Ahmad Maslan.


Majoriti rakyat malaysia mahu melihat tindakan daripada kerajaan terhadap restoran atau syarikat yang terlibat dalam pencatutan harga yang membebankan rakyat. Jika kerajaan bertindak pantas terhadap golongan ini setelah report dibuat. Semestinya ia menggembirakan rakyat, malah rakyat akan terus membantu membuat laporan sekiranya terdapat pencatutan harga.

Pada hari ini, annuar musa melalui laporan malaysiakini menyatakan kelahiran semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan disusuli kenaikan harga barang akan membawa 'malapetaka besar' kepada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Tan Sri Annuar Musa.

Malah setiausaha agung Umno itu meramalkan malapetaka tersebut akan tiba dalam tempoh kurang dua tahun pelaksanaannya.

Jika SST ini disusuli dengan kenaikan harga barang, kos sara hidup tidak menurun, saya rasa kerajaan akan menghadapi satu malapetaka besar.
(Dan malapetaka itu) dalam tempoh tak sampai dua tahun, katanya tanpa mengulas lanjut tentangnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Himpunan Kebangkitan Melayu di pekan Kampung Gajah, Kuala Kangsar, Perak malam tadi.

SST dikuatkuasakan semalam bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 pada sidang yang lalu.

Pada hujung tahun ini pula kerajaan akan menyemak semula dan meminda senarai barangan yang dikenakan cukai itu selepas maklum balas daripada orang ramai, menurut pengumuman Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Post a Comment

1 Comments

  1. Annuar Musa kah kah kah 😂😂🤣🤣 Annuar Musa Hahahahhaha🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete