Apakah ada parti dalam PH yang bakal berpecah atau sentimen perkauman dan sentimen agama bakal memecahkan pemerintahan PH. DAP tampaknya semakin matang sekarang, kebanyakan isu yang membabitkan agama dan bangsa, mereka memilih untuk tidak menjawab dab jalankan tugas untuk rakyat. Begitu juga isu surat rasmi dijohor yang menyebakan sultan johor murka. DAP memilih memohon maaf dan berjanji tidak akan berlaku lagi.
Berbeza dengan PKR yang dilihat enzim umno masih terpahat dibeberapa pemimpin PKR. Namun adakah PKR sanggup menjahanamkan pakatan harapan demi bersama umno. Kami rasakan rakyat malaysia dalam situasi selesa dengan kerajaan baru dan menaruh sepenuh harapan dibawah kepimpinan tun mahathir.
Merujuk laporan malaysiakini menyatakan, Umno adalah parti yang sedang menunggu menjadi kerajaan dan berharap dapat kembali berkuasa dengan membentuk "kerajaan perpaduan" dengan mana-mana parti Pakatan Harapan tidak lama lagi, kata presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
'Kami terbuka (untuk bentuk kerajaan perpaduan) sebelum atau selepas Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.
"Sebarang perbincangan dengan mana-mana parti tidak akan mempunyai tempoh masa yang ditetapkan atau tarikh akhir kerana sebarang keputusan mesti mempunyai persetujuan dari kedua belah pihak.
"Saya perlu menghormati pendapat rakan-rakan saya dalam Umno dan BN.
"Bagaimanapun, lebih cepat lebih baik," katanya dalam temu bual dengan akhar New Straits Times, yang diterbitkan hari ini.
Menurut laporan itu, Zahid berkata demikian ketika ditanya sama ada keputusan BN untuk memboikot pilihan raya kecil Port Dickson ada kaitan dengan usaha menjalin perikatan dengan PKR atau BERSATU.
Ahli Parlimen Umno sebelum ini menyokong usaha Zahid untuk meneroka kemungkinan membentuk hubungan dengan parti-parti lain.
Perkembangan ini juga menimbulkan persoalan mengenai komitmen Umno mengadakan hubungan tidak formal dengan PAS.
Umno juga aktif membantu PAS semasa pilihan raya kecil Seri Setia dan merasakan pemimpin tertinggi mereka ke muktamar PAS dua minggu lalu.
0 Comments