Nak jadi PM di Malaysia, tidak boleh terlalu ‘Melayu’ dan Islam, ini satu pemikiran yang keparat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat mempertahankan diri daripada golongan “super” liberal yang disifatkannya berfikiran kolot dan “keparat”.

Presiden PKR itu membidas golongan terbabit yang tidak boleh ditegur atau menerima pandangan pihak lain, tetapi menganggap hanya pandangan mereka penting dan perlu dituruti.

“Golongan ‘super’ liberal ini bicara seolah-olah negara ini dia yang punya dan bila kita tegur, kita pula yang diserang,” katanya dalam Syarahan Negarawan di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, hari ini.

Katanya, selepas melalui pelbagai penderitaan, beliau masih menerima serangan bertali arus daripada golongan liberal yang tidak gemar caranya terlalu “Melayu” dan Islamik.

“Selepas bergelumang dalam politik sekian lama, derita, (saya) masih terima serangan.

“Nak dekat pilihan raya kecil Port Dickson ini, golongan liberal anggap saya tak boleh dipercayai kerana saya terlalu Melayu dan Islam.

“Nak jadi PM di Malaysia, tidak boleh terlalu ‘Melayu’ dan Islam, ini satu pemikiran yang keparat.”

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat bangkit mempertahankan diri kerana mereka juga mempunyai hak untuk bersuara.

Sumber : FMT

Post a Comment

0 Comments