Siasatan Rasuah Tabung Haji - Abdul Azeez Direman 4 Hari

Sebuah institusi kewangan yang menguruskan kewangan bagi umat islam yang berkehendak menunaikan haji menerima tempelek buruk apabila bekas pengerusi LTH ditahan reman bagi siasatan kes rasuah. Walaupun apakah jenis rasuah yang disabitkan tidak dinyatakan, namun ia amat memalukan pemimpin islam yang berkobar melaungkan suara menegakkan islam. Apa yang rakyat mahu nantikan semestinya isu 90juta yang dikatakan diterima oleh PAS.

Malaysiakini harini menyatakan, Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Abangnya Latiff dan saudaranya Mohamed Nazri turut direman dengan tempoh sama.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Peguam bela S Devanandan berkata ketiga-tiganya ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan Lembaga Tabung Haji.

Post a Comment

0 Comments