Kambing Hitam Dalam Pentadbiran Kerajaan Politik


Apakah tugas penjawat awam menjalankan tugas secara telus itu benar atau menjalankan tugas secara politik itu juga benar. Siasatan dibuat berdasarkan kepentingan negara itu benar dan siasatan berdasarkan kepentingan politik juga itu benar.

Menjalankan tugas secara telus itu suatu kesalahan bagi mereka yang mendapat ketua yang mengikut telunjuk politik. Persoalannya sampai bilakah perkara ini akan berlanjutan. Mampukah kerajaan baru menggubal satu perundangan supaya tiada lagi politikal touch sekiranya PH kecundang pada PRU15.

Merujuk kepada kes hasanah yang dinyatakan oleh kinitv. Peguam kepada bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid berkata anak guamnya ketika prosiding reman telah merayu bahawa beliau hanya menjalankan tugas berdasarkan perintah kerajaan.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, peguam Shaharudin Ali berkata Mahkamah Majistret Putrajaya memberikan lanjutan reman selama sehari, berbanding tujuh hari seperti yang dimohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Hasanah membuat kenyataan kepada mahkamah pagi ini. Secara ringkas dia antara lain menyatakan hanya menjalankan tugas sebagai ketua pengarah MEIO di bawah perintah dan arahan kerajaan Malaysia.

Beliau berkata Hasanah dijangka dibebaskan daripada tahanan SPRM pada pukul lima petang esok.

SPRM menahan Hasanah pada 28 Ogos dan dikenakan reman selama lima hari keesokannya.

Penahanan itu berkaitan dakwaan penyelewengan dana jutaan ringgit oleh pegawai risikan kerajaan.

Selain Hasanah, tujuh lagi bekas pegawai MEIO turut ditahan.Shaharudin berkata Hasanah telah memberitahu mahkamah bahawa dia tidak dapat tidur semalam kerana menantikan pembebasannya pagi ini, dan terkejut apabila mendapati SPRM memohon remannya dilanjutkan.

Post a Comment

1 Comments

  1. NK BUAT MCM MANA. KALAU TAK IKUTKN, KENA TUKAR JAUH2. SILAP2 KENA TINDAKAN TATATERTIB BUANG KERJA. ITULAH NASIB

    ReplyDelete