Kelakar! Sunyi Kerana Operasi.. Hahaha


Situasi pelik apabila lokasi sekitar Jalan Petaling, Jalan Silang serta Chow Kit di sini, yang sering dibanjiri ribuan warga asing pada setiap hujung minggu tiba-tiba lengang semalam.

Tinjauan wartawan di ketiga-tiga kawasan itu mendapati kawasan kaki lima dan kedai yang sering menjadi tumpuan warga asing bertukar sunyi seolah-olah mereka sudah menghidu operasi bakal dijalankan Jabatan Imigresen (imigresen) semalam.

Harian Metro sebelum ini secara bersiri mendedahkan kawasan sekitar Jalan Petaling dan Jalan Silang, di sini menjadi tumpuan warga asing susulan kewujudan kedai dan klinik haram menjual ubat seludup sejak 23 Ogos lalu.

Bagaimanapun kehadiran peniaga warga asing yang menjual pelbagai jenis barangan di kaki lima sekitar kawasan Jalan Silang di sini, turut tidak kelihatan semalam.

Senario yang sama juga boleh dilihat di sekitar perhentian bas berhampiran Kompleks Kotaraya yang selalunya sibuk dengan warga asing yang menggunakan bas dari sekitar Lembah Klang untuk ke kawasan Jalan Silang.

Keadaan ini juga boleh dikaitkan dengan ketegasan imigresen mengesan PATI menerusi pendekatan penguatkuasaan tanpa kompromi yang dilaksanakan menerusi Op Mega 3.0 yang bermula pada 1 Julai lalu.

Selain itu, tempoh untuk PATI menyerah diri secara sukarela juga tamat 30 Ogos lalu tanpa sebarang lanjutan menerusi program Penghantaran Pulang PATI Secara Sukarela (Program 3+1).

Seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan berkata, keadaan lengang itu mungkin disebabkan tersebarnya maklumat mengenai operasi yang akan dijalankan imigresen selepas tempoh menyerah diri itu tamat.

Memang kurang mereka (warga asing) hari ini (semalam), mungkin mereka takut dengan operasi yang kini sering dilaksanakan imigresen menerusi Op Mega.
Tetapi, saya risau keadaan ini sementara saja, jika kawasan Jalan Petaling dan Jalan Silang ini masih menjadi tempat tumpuan mereka, bila keadaan sudah tidak panas, mereka mungkin akan berkumpul semula di sini, katanya.

Kelmarin, media melaporkan imigresen akan melancarkan operasi besar-besaran mulai tengah malam 30 Ogos yang bukan saja menumpukan kepada pekerja asing, malah turut memburu majikan yang melindungi mereka.

Sumber : HMetro

Post a Comment

1 Comments

  1. Depa nk test dlu tgk. PH ni sama perangai mcm BN tak. klau dlu, bila tdesak. time tu PATI ni penting

    ReplyDelete