Mungkin KJ sudah lama pendam perasaan tidak suka dengan gaya promosi tun faisal yang suka menegakkan benang yang basah dan akhirnya rakyat meluat mendengar perkataan JASA. Malah menganggap agensi tersebut penyebab utama kekalahan BN. Kerana JASA jugalah, penjawat awam lain terpalit dakwat kotor politik.
Jika Konco BN yang dilihat sealiran dengan najib berterusan bersuara, selagi itulah rakyat akan terus menolak UMNO.
PAS mungkin mahu mencuri populariti daripada UMNO dengan cubaan bekerjasama dikatakan demi bangsa melayu islam. Tetapi PAS lupa bagaimana mereka ditolak sekerasnya diselangor. Tidak mustahil jika gabungan ini berlaku bersama Najib, PAS dan UMNO bakal hadapi kekalahan paling teruk.
Apakah SST boleh dijadikan modal politik seperti GST. Apakah kesannya akan terasa seperti GST. Semestinya tidak dan gelombang SST hanya sementara. Sekiranya terdapat tindakan tegas daripada kerajaan peniaga dan tauke besar. Mereka akan mengikut segala telunjuk kerajaan. Tetapi jika kerajaan mengambil sikap menjaga kroni, kerajaan bakal menghadapi situasi sama seperti GST.
Lebih baik tak buat apa2 dari buat kerja cara you. Maaf, your way is everything that is wrong with UMNO. https://t.co/shjG3VrMXb— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 2, 2018
3 Comments
Kahkahkah... Macai dgn ketua macai dah mula nampak keretakan
ReplyDeleteMalu sudah pengarah strategik hancur jasa
ReplyDeletetun faisal lokman adam fuad zakar semua zeto otak..sebab itu bn kalah
ReplyDelete