Penularan terkejut nampaknya telah meresap masuk kedalam parti paling suci dalam malaysia. Jika semalam kami mempersoalkan Bekas Adun Ditahan SPRM Kerana Melantik Syarikat Anak Untuk Pembekalan dan hari ini kami telah mendapat jawapannya. Sebab itu kami melihat komeb dihalaman sosial berdiam diri terhadap isu ini.

Sinar harian hari ini menyatakan rekod Pas yang berstatus bersih daripada sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya lebur selepas bekas Adunnya direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan RM50,000.

Tempoh tahanan reman itu bermula hari ini dan tamat pada esok.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Alam, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas membenarkan permohonan SPRM.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.