PKR Bermasalah! Pemilihan PKR Tegang Lagi...

Apakah satu petanda kemungkinan PRU15 akan datang menjadi celaru sekiranya PKR terus monopoli. Jika sebelum ini, mereka menyatakan sabotaj daripada BN, tetapi hari ini mereka bergelar kerajaan dan sepatutnya tidak timbul isu e-voting system bermasalah. Jika ia bermasalah sekalipun, tidak sepatutnya berlaku kekecohan yang memalukan parti pemerintah. Apakah mereka tidak menjalankan simulasi sistem terlebih dahulu sebelum implimentasi kepada realiti. Diharap segala perubahan pengundian pru15 akan datang tidak menjadi masalah seperti pemilihan PKR.

Malaysiakini menyatakan pemilihan PKR bermula hari ini dan ia telah pun dilanda masalah selepas terpaksa menangguhkan dan menggantung pemilihan di lapan daripada 15 cabang di Kedah.

Setiausaha jawatankuasa pemilihan Ismail Yusoff memberitahu Malaysiakini bahawa masalah dengan sistem e-undi telah mencetuskan ketegangan di kalangan anggota yang datang awal untuk mengundi pagi ini.

"Ya, ada lapan daripada 15 cabang di Kedah yang terpaksa kita tangguhkan (pemilihan).

"Isunya banyak berkaitan (masalah) teknikal," kata Ismail ketika diminta mengulas rakaman video yang menunjukkan sekumpulan anggota PKR cabang Merbok yang marah dengan hal itu.

"Walaupun pengawas kita dilatih, tetapi kena terima hakiat masih ada isu teknikal dengan kod bar dan tablet yang digunakan untuk mengundi. Itu menimbulkan ketegangan," katanya lagi.

Beberapa gambar insiden itu yang tersebar juga menunjukkan anggota polis berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

Selain Merbok, tujuh lagi cawangan yang digantung pemilihan adalah Sungai Petani, Sik, Kulim, Langkawi, Baling, Jerai dan Padang Serai.

Ismail berkata beliau juga dimaklumkan tentang seorang calon dalam pusat mengundi di Padang Serai yang dikatakan "membantu" seorang anggota PKR untuk mengundi, dan perlakuan itu disaksikan oleh calon lain.

"Jadi perkara itu dibawa ke luar dan keadaan jadi tegang," katanya.

Ditanya tentang tarikh pengundian baru untuk lapan cabang itu, Ismail berkata ia akan ditentukan kemudian memandangkan pemilihan perlu diteruskan di cabang-cabang lain di seluruh negara.

"Pemilihan di Port Dickson juga terpaksa ditangguhkan, jadi kita akan atur semula (tarikh baru pengundian)," katanya lagi.

Selain anggota PKR di Kedah, sejumlah 55,132 anggota di 13 cabang di Pulau Pinang juga membuang undi hari ini.

Sejumlah 840,000 anggota parti itu di seluruh negara layak untuk mengundi pada pemilihan kali ini dan keputusan penuh dijangka akan diumumkan ketika kongres tahunan November ini.

Post a Comment

4 Comments

  1. Nak tunjuk pd rakyat mereka sebenar bermasalah. Harap masalah pkr tidak menular dalam pemerintahan kerajaan

    ReplyDelete
  2. Sudah ada masalah: jarum Rafizi yang gila kuasa.

    ReplyDelete
  3. cuba teliti di cawangan mana yg bermasaalah; samada dicwgn yg Rafizi kalah atau Azmin kalah.

    JPP dikatakan dikuasai oleh kartel sbb tu bila cikgu bard dedah penyelewengan azmin, cikgu bard yg kena tendang. azmin tak disiasat. apa jadi dgn jutawan budak hingusan yg tak ada kerja tapi jutawan; yg dibela oleh mak lampir yg kritik percalonan sdr Anwar sbg tak ada perbincangan.

    nak tanya: sapa yg setuju amirudin sbg mb Selangor? ada perbincangan ke dgn pucuk pimpinan PKR? ini lg sekor yg kurang ajar biadap thdp presiden PKR.

    dari surat yg dikeluarkan oleh semua parti dlm PH; mereka bersetuju melantik Idris Ahmad sbg Menteri besar Selangor. jadi bgmn si amiruddin ni boleh jadi mb pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah pkr memang hampeh...parti bermasalah dlm ph. Drama king party

      Delete