Mufti Perak - Had Umur Minimum Kahwin Buka Ruang Perzinaan Di Kalangan Remaja


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, tidak bersetuju dengan cadangan menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun kerana ia bertentangan hukum syarak dan boleh membuka ruang kepada perzinaan di kalangan remaja.

Pada masa sama, beliau turut tidak bersetuju jika wanita yang terlalu muda dikahwinkan dengan golongan yang sudah berusia seperti yang berlaku di Kelantan, baru-baru ini.

“Kenapa nak sekat dan menambahkan lagi keburukan terhadap gejala sosial sedia ada..Dalam hukum syarak mereka yang sudah baligh dibenarkan untuk bernikah, biasanya perempuan usia 14 tahun sudah baligh.
“Dalam hukum syarak, apabila seseorang perempuan sudah mencapai usia baligh, mereka tidak boleh lagi dianggap sebagai kanak-kanak, jadi kenapa nak tukar hukum syarak.
“Tetapi, jika usia terlalu muda dan berkahwin dengan lelaki yang sudah berusia, itu saya pun tidak setuju,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani berkata, sebenarnya sama ada sesuatu perkahwinan itu wajar dilakukan atau tidak selepas seseorang remaja mencapai usia baligh, bergantung kepada penilaian dan peranan ibu bapa yang lebih memahami situasi anak mereka.

Katanya, jika ibu bapa melihat anak mereka belum matang walaupun sudah mencapai usia baligh, maka mereka seharusnya tidak membenarkan anak mereka itu dikahwinkan dan begitu juga sebaliknya.

“Mengikut hukum syarak, jika anak lelaki dan perempuan sudah matang dan menunjukkan keinginan untuk berkahwin, perlu mengahwinkan mereka bagi mengelak perzinaan.
“Kita bimbang (jika cadangan menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun dilakukan), dikhuatiri lebih banyak gejala sosial membabitkan perzinaan akan berlaku sebagaimana di negara Barat yang menyekat perkahwinan pada usia tertentu.
“Di Barat, anak yang lahir di luar pernikahan lebih ramai berbanding menerusi perkahwinan rasmi,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini, yang menyatakan hasrat kerajaan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dilaporkan berkata beliau telah mempengerusikan satu mesyuarat pada 13 September lalu untuk membincangkan isu berkenaan bersama pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kementerian beliau akan bekerjasama untuk menyediakan kertas kerja bagi menaikkan had umur perkahwinan bagi orang Islam yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk mendapatkan sokongan daripada semua negeri terhadap perkara itu.

Dr Wan Azizah dilaporkan meminta negeri lain mencontohi Kerajaan Selangor yang telah menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

Sumber : BH

Post a Comment

5 Comments

  1. apa yg mufti bgtau kna amik kira.

    ReplyDelete
  2. ADA ATAU TIDAK DALAM HUKUM ISLAM, WANITA MUDA TIDAK WAJAR BERKAHWIN DENGAN LELAKI TUA? KALAU ADA, SAYA AKUR AKAN PANDANGAN TUAN MUFTI. KALAU TAK ADA, MAKNANYA, TUAN MUFTI MEMBELAKANGKAN HUKUM. MINTA, MAAF, SAYA SEKADAR BERTANYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg tua tu nk amik kesempatan. Tak wajar. Mungkin tu pemahaman dia.

      Delete
  3. melengah kahwin anak perempuan yang dah baligh pada 14 tahun akan beri RUANG UNTUK ZINA.....ok.

    melengah ambil pendirian keatas penyamun yang diketahui menyamun akan beri RUANG UNTUK MELAKUKAN PENYAMUNAN TANPA HENTI DAN AKIBATKAN KERAJAAN KERUGIAN DAN BERHUTANG SAMPAI 1 TRILLI0N...macam mana ya?

    ReplyDelete
  4. Ini mufti dia punya anak pirumpwan atau cucu ka kalu kina itu macam punya kes, baru dia punya akal ada mari...

    ReplyDelete