Tangisan Najib Penutup PAU.. Pengajaran Buat Pemimpin Islam


Sehebat mana kita mengatur strategi, sebesar angkasa bala tentera yang merancang segala gerak geri, namun itu semua tidak lebih dari perancangan yang tidak pasti. Dengan segala tohmahan, hasutan memuji, hasutan mengeji, hasutan bongkak, hasutan dengki. Bila tuhan berkehendak, maka segala perancangan tidak akan menjadi. Lompokan tidak disangka boleh terjadi. Sebab itu dalam memimpin perlu amanah, walaupun sukar itulah tugas pemimpin.

Najib sepatutnya terbuka berkenaan isu 1mdb, najib sepatutnya menjawab sendiri segala isu dan tidak menggunakan kuasa menutup ruang seolah hidup dizaman batu. Tetapi segalanya sudah terlewat, segala kepincangan dilakukan akan ditanggung oleh pemerintah baru.

Bukan sekadar najib yang hiba, sepatutnya PAS lebih bersedih kerana perjuangan menarik umat islam, perjuangan memperkenalkan keindahan islam, perjuangan menunjukkan pertadbiran islam dilihat masih tidak menjadi. Selepas pru15, pas sendiri seolah mencuba nasib menjadi parti umno 2.0 yang sibuk memperkatakan soal bangsa diselitkan agama.

Mungkin tiba masanya najib bersara selepas gagal. Terima seadanya apa yang bakal dikenakan dan undurkan suara supaya umno tidak terbeban untuk menjawab tohmahan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Air mata buaya. Not going to work, Najib!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. kahkahkah.... yg aku xtahan ada juga yg turut simpati. patut kena tindakan gantung keahlian. bawa malapetaka pd umno

    ReplyDelete