55.8% Puashati Pentadbiran Kerajaan PH

AstroAwani | Hasil Kajian Persepsi Terhadap 100 Hari Pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapati, kira-kira 38.5 peratus daripada 1,008 orang tidak berpuas hati terhadap pemerintah kerajaan persekutuan.

Analisis itu diperoleh hasil kajian melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut bangsa dan negeri sebaliknya menunjukkan 53.4 peratus rakyat berpuas hati dengan pemerintahan PH.

Kajian yang dijalankan oleh Kajidata Research Sdn Bhd  antara 12 hingga 24 September lalu melalui kaedah panggilan telefon iaitu Interactive Voice Response (IVR) itu mengemukakan empat soalan kepada 1008 responden seluruh Negara.

Selain untuk mengukur tahap kepuasan hati responden terhadap prestasi kerajaan PH selepas 100 hari ia juga berobjektif menilai tahap kepuasan hati responden terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua kerajaan.

Kajian juga dilaksanakan bagi melihat tahap kepuasan hati rakyat terhadap kerajaan PH dalam melaksanakan manifestonya serta melihat populariti parti politik di negara ini selepas 100 hari PH memerintah.

Sementara itu, hasil analisis itu mendapati 55.8 peratus daripada rakyat Malaysia berpuashati dengan prestasi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri manakala 35.9 peratus yang lain dilihat tidak berpuashati dan selebihnya lapan peratus di tahap neutral.

Daripada jumlah yang tidak berpuas hati tersebut, sejumlah 40 peratus adalah merupakan penduduk di Terengganu manakala Pulau Pinang menunjukkan 48 peratus dan 43 perai dicatatkan di Pahang.

Pada masa yang sama kajian itu turut melhat sejauh mana rakyat berpuas hati dengan manifesto PH.

Melalui kajian tersebut jelas menunjukkan rakyat masih lagi berbelah bagi untuk menyatakan mereka berpuashati atau sebaliknya terhadap kerajaan PH dalam melaksanakan janji-janji manifestonya setakat ini.

Hanya 61 peratus penduduk di Melaka dan 54 peratus di Sabah serta 56 peratus penduduk di Wilayah Persekutuan sahaja yang dilihat berpuashati terhadap pencapaian manifesto PH

Sebaliknya negeri lain lebih dilihat tidak berpuashati terhadap perkara tersebut.

Selain itu hasil tinjauan mendapati parti PH masih dilihat popular pada masa ini dengan memperoleh 53 peratus berbanding lain-lain parti sebanyak 23 peratus.

Sokongan terhadap PH dilihat datang dari golongan berbangsa India sebanyak 82 peratus manakala  Cina mencatatkan sebanyak 64 peratus.

Selain itu golongan yang berumur 41 tahun dan ke atas juga dilihat lebih menyokong PH ketika ini.

Post a Comment

3 Comments

  1. Yg xpuashati tu totok umno dgn lebai

    ReplyDelete
  2. Berita ni yg umno xnk dgr ni. Dh mcm2 benda dh praktik. Sokongn xturun ni.

    Cuma lagi cai

    ReplyDelete
  3. Tanpa tol tidak dapat dilaksana. Nanti kerajaan nak mentekedarah mcm mana.

    ReplyDelete