Anda Setuju? Lancar Perang Terhadap Agong, Tidak Akan Dihukum Bunuh

Jika di philiphine jenayah dadah dianggap jenayah berat, begitu juga di thailand. Selepas thailand menggubal perundangan dengan mengenakan hukuman mati terhadap pengedar dadah, kadar tersebut dikatakan menurun. Sekiranya malaysia mahu mengikut jejak langkah lama thailand, apakah kita bersedia berdepan dengan lambakan tauke dadah dalam negara.

Itu belum masuk masalah rogol dan cubaan melancarkan perang ke atas yang dipertuan agong. Apakah kita bersedia berdepan dengan satu situasi baru dimana penjahat semakin tidak takut. Jangan kerana hak asasi manusia, kita mudahkan perundangan melindungi mereka yang lemah.

FMT | Pemansuhan hukuman mati perlu meliputi semua kesalahan jenayah yang diperuntukkan hukuman itu dalam undang-undang dan bukan hanya sebahagiannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong hari ini.

Beliau berkata, terdapat banyak kesalahan (jenayah) yang dikenakan hukuman mati seperti pembunuhan dan mengedar dadah dan kerajaan tidak boleh memilih atau mengecualikan kesalahan tertentu.

“Saya dapat memahami perasaan mangsa, sangat menyakitkan. Tetapi jika terdapat hasrat kerajaan untuk menghapuskan (hukuman mati), kita tidak boleh hapuskan separuh sahaja.

“Kami mahu menghapuskan semua kesalahan jenayah memperuntukkan hukuman mati,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Semalam Liew berkata, hukuman penjara minimum 30 tahun akan menggantikan hukuman mati, jika pemansuhannya diluluskan Parlimen.

Katanya, terdapat 18 kesalahan jenayah yang memperuntukkan hukuman mati, termasuk mengedar dadah, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, keganasan, membunuh, membunuh mangsa ketika penculikan, memiliki dan menggunakan senjata api, merogol sehingga menyebabkan kematian dan merogol kanak-kanak.

Akhbar New Straits Times sebelum itu melaporkan Liew berkata, terdapat 1,267 banduan yang berdepan hukuman mati di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga kini, tetapi hukuman itu tidak dilaksanakan sejak 2014.

Pada 10 Oktober lalu, Liew menyebut rang undang-undang pemansuhan hukuman mati dijangka dibentangkan di sidang Dewan Rakyat kali ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. Takyah risau. Confirm parlimen xlulus. Kalau lulus, senang modal pru15 pembangkang

    ReplyDelete