Felda Najib VS Felda PH

Isu felda tidak pernah selesai sehinggalah kerajaan bertukar tangan dan menteri ekonomi memaklumkan, tahap kewangan felda dalam situasi tenat dan tidak menolak kemungkinan aset felda akan dijual untuk optimumkan liability yang perlu ditanggug felda. Ketika dipersoal, dipertikai tentang situasi felda, ada yang disaman, ada yang diminta diam sahaja sehinggalah terbongkar segalanya maka muncullah pahlawan bugis memberi 3 cadangan untuk pemulihan liability felda.

Dapat dilihat sebelum ini apabila felda cuba mencari sumber kewangan besar dengan meletakkan IPO terbesar pernah dilancarkan. Ketika itu mereka umpamakan IPO felda sehebat IPO facebook yang mana dilancarkan pada tahun yang sama. Malangnya harga saham felda tidak mampu bertahan lama dan terus merudum sehingga hari ini.

Faktor kejatuhan harga sawit membabitkan banyak situasi dan bukannya pengeluaran semata-mata. Tetapi jika ada satu kesatuan palm oil seperti crude oil yang mampu mengawal harga dengan membuat pelbagai spesikulasi, mungkin asean boleh cuba menjadi speculator harga sawit.

Walaupun aku tidak suka trump, aku suka cara tindakan trump yang tidak gentar menggoncang china.

Najib Razak | Memandangkan FELDA merupakan keutamaan saya ketika saya mentadbir kerana ia diasaskan oleh bapa saya dan ramai penduduk di Parlimen Pekan; saya akan menulis agak panjang kali ini tentang isu berkenaan bagi menjelaskan apa yang pernah berlaku kepada FELDA dan untuk memberi beberapa cadangan-cadangan kepada kerajaan PH.

Pada era terdahulu sebelum saya menjawat Perdana Menteri, FELDA dan sektor pertanian di Malaysia bukan keutamaan kerana tumpuan diberikan kepada perindustrian dan sektor seperti pembuatan kereta serta keluli. Oleh itu satu keputusan dibuat pada tahun 1996 untuk menghentikan sebarang pembiayaan kerajaan kepada FELDA. FELDA pada ketika itu diminta untuk mencari dana sendiri.

Akibatnya, usia pokok kelapa sawit semakin tua. Apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perolehan setiap hektar atau ‘yield’ dari minyak sawit, menurun pertama kali dalam sejarah. Kebajikan peneroka juga terabai.

Ia mendesak kerajaan saya pada ketika itu dan FELDA untuk melaksanakan langkah proaktif iaitu pengambilan hutang dan penyenaraian IPO FGV bagi mendapatkan dana untuk menampung kos penanaman semula kelapa sawit dan menambahbaik kebajikan dan kehidupan peneroka. Di sinilah di mana hutang FELDA digunakan.

Jika kita tidak melaksanakan penanaman semula pada skala yang besar pada masa itu, adalah tidak mustahil pokok yang semakin tua dan hasil semakin menyusut akan menyebabkan FELDA mungkin tidak lagi wujud pada tempoh 10 atau 20 tahun selepas itu!

Sepanjang masa BN mentadbir di bawah saya, FELDA tidak mengalami masalah untuk membayar kos sara hidup pada masa yang tepat dan membela nasib peneroka.

Oleh itu, saya sangat bimbang terhadap pengumuman Azmin Ali di Parlimen bahawa aliran tunai Felda kini kritikal dan sudah ada rancangan untuk menjual aset FELDA bagi menampung keperluan peneroka dan juga untuk mengurangkan hutang FELDA yang beliau sebutkan pada jumlah RM8 bilion.

Jika benar hutang FELDA ialah RM8 bilion, apa yang saya sebut tentang keperluan penanaman semula, di mana ia patut dilihat bersama aset FELDA sebanyak RM21 bilion. Pada peringatan saya juga, kadar faedah untuk hutang FELDA itu bukan di tahap yang tinggi kerana ia dilihat sebagai "soft-loan".

Langkah kerajaan PH untuk menjual aset FELDA berbilion-bilion bagi menampung keperluan semasa aliran tunai tidak akan menyelesaikan masalah asas FELDA kini.

Ia bukannya langkah jangka masa panjang dan bakal beri kesan negatif kepada FELDA terutama sekali jika kadar pulangan dari aset yang dirancang untuk dijual adalah lebih tinggi dari kadar faedah hutang FELDA.  Nampaknya, cara penyelesaian PH untuk semua masalah ialah untuk menjual aset.

Tohmahan PH bahawa masalah FELDA kekurangan wang kerana berbilion-bilion telah dicuri atau dibazir juga tidak benar. Sebenarnya, dari hutang RM8 bilion hutang FELDA, lebih dari RM6 bilion telah dipinjamkan dan masih dihutang oleh peneroka-peneroka sebagai pinjamaan penanaman semula dan perumahan.

Memang ada tuduhan bahawa berlaku ketirisan di dalam beberapa pelaburan FELDA terutama kepada hotel-hotel yang dibeli di London, Sabah dan Sarawak.

Namun pada masa itu, tuduhan-tuduhan ini telah disiasat dengan terperinci oleh SPRM sehingga ada ahli parlimen UMNO dan seorang lagi pemimpin PPBM telah ditahan reman.  Tuduhan ini ialah ada kemungkinan harga yang dibeli lebih mahal dari harga pasaran tetapi tidaklah mencecah hingga berbilion-bilion. Hotel-hotel memang masih wujud dan wang bukan dihilangkan.

Masalah asas FELDA pada masa ini ialah harga dan ekspot minyak sawit yang tiba-tiba menyusut dengan teruk selepas PRU14.

Pada bulan Julai, saya pernah memberi ucapan di Parlimen mengenai kembimbangan ini tetapi keadaan masih berterusan.

Untuk separuh bulan pertama Oktober 2018, pakar penyelidik Intertek telah melaporkan bahawa ekspot minyak sawit dari Malaysia telah jatuh sebanyak 32.8% berbanding bulan lepas. Jumlah ekspot minyak sawit untuk tempoh ini hanya 505 ribu tan iaitu jauh lebih rendah dari ekspot 690 ribu tan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Selain dari jumlah ekspot yang jatuh, harga sekarang juga hanya RM2,200 satu tan berbanding RM2,700 pada bulan yang sama tahun lepas.

Ketika saya melawat ke FELDA Chini baru-baru ini, keadaan di sana muram dan peneroka-peneroka sangat bimbang tentang masa depan mereka. Janji PH untuk menghapuskan hutang peneroka tidak ditepati, bonus FELDA juga telah direndahkan, BR1M mungkin dihapuskan, harga minyak sawit semakin rendah dan kelewatan kerajaan baru untuk membayar kos sara hidup setiap bulan. Saya percaya keadaan yang sama juga dialami oleh ratusan warga FELDA diseluruh negara pada masa ini.

Oleh itu, saya memberi tiga cadangan untuk menanangi isu FELDA kini.

1.  Pertolongan kewangan sementara dari kerajaan pusat.

Walaupun pada tahun 1996 kerajaan sudah menghentikan pembiayaan kewangan kepada FELDA, kerajaan patut memberi kelonggaran dan pertimbangkan untuk memberi peruntukan kewangan kepada FELDA memandangkan keadaan yang tiba-tiba menjadi rumit selepas PRU14

Kerajaan pusat mengaut pelbagai hasil dan cukai dari industri minyak sawit oleh itu, adalah tidak keterlaluan untuk membantu peneroka ketika ini.

Felda ialah agensi kerajaan. Matlamat FELDA ialah untuk membela peneroka-peneroka. Tidak salah untuk kerajaan untuk menolong agensi kerajaan supaya kebajikan peneroka dijaga.

2. Hubungan diplomatik dengan negara-negara pembeli yang baik.

Kerajaan perlu memastikan hubungan negara dengan negara pembeli sentiasa pada tahap yang baik. Tiada manfaat untuk kita jika kerajaan PH terus menuduh negara China bersubahat dengan kerajaan BN untuk melakukkan rasuah atau kononnya menipu kita dalam projek ECRL atau projek-projek yang lain tanpa sebarang bukti dan hanya sekadar polemik politik. Jika China tidak membeli minyak sawit dari kita, mereka boleh membeli dari negara jiran ataupun bertukar untuk mengguna minyak-minyak yang lain seperti minyak soya atau minyak jagung.

Kerajaan juga perlu tingkatkan usaha untuk berunding dengan negara-negara Eropah agar mereka tidak mengharamkan kegunaan minyak sawit sebagai bahanapi bio-diesel.

3. Melaksanakan Bio-diesel B10 serta-merta.

Pada tempoh kerajaan saya, kita meletakkan syarat untuk menggantikan sebahagian dari kegunaan minyak diesel dengan minyak sawit dalam mempelbagaikan kegunaan dan menaikkan harga minyak sawit. Rancangan kita ialah untuk mengalih kepada bio-diesel B15 pada tahun 2020.

Oleh itu, bio-diesel B5 iaitu 5% dari kandungan diesel dibuat dari minyak sawit telah diperkenalkan pada Jun 2011. Ia dinaikkan menjadi B7 pada Januari 2015.

Ia sepatutnya dinaikkan kepada B10 pada Julai 2016 tetapi pada masa itu, harga diesel sangat murah iaitu antara RM1.35 sehingga RM1.65 seliter (harga RON95 RM1.35 hingga RM1.65) berbanding RM2.18 satu liter pada masa ini. Oleh itu, rancangan untuk memperkenalkan B10 ditangguh kerana jika dibuat pada masa itu, penggunaan minyak sawit yang lebih mahal akan menaikkan harga diesel yang ketika itu murah.

Keadaan sudah berubah sekarang. Harga minyak diesel sudah tinggi manakala harga minyak sawit rendah. Tiada sebab mengapa penggunaan bio-diesel tidak dinaikkan menjadi B10 sekarang.

Post a Comment

3 Comments

  1. Berikut ini adalah daftar 10 Negara yang merupakan Penghasil Minyak Sawit Terbesar di Dunia.

    1. Indonesia
    Total Produksi : 31,1 ton (2015)
    Lokasi : Benua Asia

    2. Malaysia
    Total Produksi : 19,2 ton (2015)
    Lokasi : Benua Asia

    3. Thailand
    Total Produksi : 2,18 ton (2015)
    Lokasi : Benua Asia

    4. Kolombia


    Total Produksi : 1,23 ton (2015)
    Lokasi : Benua Amerika Selatan

    5. Nigeria
    Total Produksi : 0,93 ton (2015)
    Lokasi : Benua Afrika

    6. Papua Nugini
    Total Produksi : 0,67 ton (2015)
    Lokasi : Oseania

    7. Ekuador
    Total Produksi : 0,56 ton (2015)
    Lokasi : Benua Amerika Selatan

    8. Honduras


    Total Produksi : 0,43 ton (2015)
    Lokasi : Benua Amerika Tengah

    9. Pantai Gading
    Total Produksi : 0,40 ton (2015)
    Lokasi : Benua Afrika

    10. Brasil
    Total Produksi : 0,35 ton (2015)
    Lokasi : Benua Amerika Selatan

    ReplyDelete
  2. Kalau mlaysia indon n thai bgabung buat satu gagasan minyak. Agk2 menjadi ker. Melayu ni susah skit

    ReplyDelete

  3. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete