GAY Tetapi Tidak Berhubungan

Mungkin itu adalah golongan gay pencen, gay dalam rawatan, gay dalam penginsafan, gay dalam ikhtiar tidak gay.

FMT | Tidak semua daripada lebih 300,000 gay yang direkodkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlibat dalam hubungan songsang, kata Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata rekod Jakim mempunyai pelbagai kategori termasuk kelompok yang tidak melakukan perbuatan songsang.

“Bilangan itu kena huraikan lagi. Ada mereka yang ada keinginan tetapi tidak semestinya mereka buat. Kita jangan ambil secara pukul rata dengan kata semuanya buat salah.

“Ada yang mempunyai keinginan jadi kita tangani dari awal. Ada yang terlibat, sedar ia tidak betul dan balik semula,” katanya pada sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.

Post a Comment

0 Comments