Inisiatif Baru Daripada Kerajaan Untuk Kanak-Kanak Tanpa Kerakyatan


Satu langkah yang bijak daripada kerajaan dengan tidak membiarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan tidak bersekolah. Jika kanak-kanak tersebut berjaya dimasa akan datang, mungkin mereka antara segelintir yang mampu menyumbang sesuatu pada negara. Bukan salah mereka untuk dilahirkan dan membesar sebagai tanpa kerakyatan.

Kanak-kanak seperti kita tahu, mereka tidak mengenal erti bangsa, kulit dan agama. Jiwa mereka putih yang perlu dibentuk dan dipupuk dengan semangat rakyat malaysia.

FMT | Kementerian Pendidikan mempermudahkan proses kemasukan kanak-kanak tanpa kerakyatan ke sekolah kerajaan dengan hanya mengemukakan sama ada sijil lahir, surat anak angkat atau perintah mahkamah.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, pihaknya bersetuju dengan langkah kementerian terbabit dengan syarat dokumen yang dikemukakan sah dan sahih bagi membuktikan mereka dilahirkan di negara ini.

“Tak ada masalah, kita mengalu-alukannya dari segi kemanusiaan dan kita perlu menjaga keselamatan serta kebajikan semua pihak. Kita yakin apa yang diberikan adalah untuk kebaikan umat, bukan untuk tujuan buruk,” 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kementerian Pendidikan yang bersetuju untuk mempermudahkan proses kemasukan kanak-kanak tanpa kerakyatan ke sekolah kerajaan dengan hanya mengemukakan dokumen tertentu untuk diterima.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching sebelum ini berkata, bagi kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen berkenaan, mereka boleh mendapatkan pengesahan daripada ketua masyarakat atau wakil rakyat masing-masing, dan mereka akan turut dibenarkan mengambil peperiksaan umum seperti UPSR, SPM dan STPM.

Mohamad berkata, beliau dalam masa sama turut mencadangkan kanak-kanak tanpa kerakyatan yang dimasukkan ke sekolah kerajaan diletakkan dalam kelas peralihan terlebih dahulu agar mereka dapat membuat penyesuaian.

“Kumpulan ini perlu diletakkan dalam kelas peralihan supaya kerana mereka perlu lebih banyak masa dan mungkin juga memerlukan tenaga pengajar khusus yang berupaya dan mempunyai kemahiran untuk mengajar kumpulan pelajar tertinggal,” katanya.

Bayaran Yuran Berbeza

Mengulas isu sama, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) turut menyokong langkah Kementerian Pendidikan itu.

Bagaimanapun, presidennya Zambri Mohd Isa mencadangkan kerajaan mengenakan yuran sekolah yang berbeza kepada mereka berbanding dengan warga tempatan.

“Memandangkan mereka bukan warganegara, mungkin kerajaan boleh kenakan yuran yang berbeza.
“Misalnya di hospital kerajaan, bayaran yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia adalah berbeza dengan bukan warganegara. Kalau mereka nak masuk juga, kena bayar lebih, tak sama dengan rakyat tempatan,” katanya.

Etnik Rohigya

Dalam pada itu, duta Majlis Rohingya Eropah (ERC) ke Malaysia Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi turut menyokong langkah berkenaan, tetapi berkata pihaknya belum mendapat pengesahan berhubung proses kemasukan kanak-kanak ke sekolah kerajaan membabitkan etnik Rohingya.

“Dari segi etnik Rohingnya, saya belum dapat pengesahan lagi,” katanya.

Beliau berkata, isu persekolahan kanak-kanak etnik Rohingya wajar disegerakan kerana tidak mahu kumpulan itu menimbulkan masalah sosial lain jika terlalu lama berada di Malaysia tanpa pendidikan.

“Kita tidak mahu kelompok Rohingya tinggal terlalu lama di sini tanpa pendidikan kerana ia akan mengakibatkan masalah sosial lain,” katanya sambil berharap etnik tersebut dapat membantu negara ini selama mereka berada di sini.

Post a Comment

2 Comments

  1. itu sepatutnya. sbb kalau dibiarkan, mereka akan manipulasi kanak2 untuk meminta sedekah.

    ReplyDelete
  2. ini yg pembangkang jeles lagi ni

    ReplyDelete