Ke Mana Duit Itu ?

Semua menteri dan ahli parlimen dibidas oleh najib, walaupun berdepan pelbagai tuduhan mahkamah dan hampir lebih 5 kali dipanggil sprm, najib kekal bersuara mempersoal dan mempertikaikan kerajaan baru. Kini najib mempersoalkan RM450juta yang dinyatakan kementerian kewangan.

Najib Razak | Menteri Kewangan kita kelakar.

Dia bercakap seolah-olah Kerajaan berhenti menerima hasil sejak 9 Mei.

"Harungi 5 bulan mencabar berbekalkan RM450 juta" ?

Saya kongsikan maklumat hasil kerajaan

Hasil Kerajaan 2018:

Januari  RM18.9b
Februari RM11.5b
Mac   RM24.0b
April   RM17.6b
Mei   RM20.8b
Jun  RM14.1b
Julai  RM21.3b
Ogos  RM17.4b

Angka-angka ini tertera jelas di laman Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.

Setiap bulan Kerajaan menerima hasil cukai. Misalnya cukai GST atau kini SST, ataupun dalam slip gaji kami ada tertera potongan cukai bulanan.

Sejak bulan Mei hingga Ogos lalu, Kerajaan sepatutnya telah menerima hasil cukai sebanyak kira-kira RM74 bilion.

Pada bulan Mei sahaja RM20.8 bilion.

Januari hinggga April iaitu 4 bulan pertama kerajaan terima RM72 bilion. RM2 bilion kurang daripada apa yang Kerajaan PH dapat bagi 4 bulan seterusnya Mei-Ogos.

Bagaimana "mencabar" kerja Lim Guan Eng saya tidak pasti. Ataupun duit itu "hilang"?

Jika duit itu sudah hilang, maka wajarlah Lim Guan Eng disiasat. Ke mana duit itu? Saya rasa rakyat berhak tahu.

Saya setuju jika kata kerja Guan Eng lebih mencabar mulai 1 September, itu sudah tentu.

Mengapa? Kerana SST diperkenalkan menggantikan GST. Rakyat tidak merasai apa-apa manfaat tetapi Kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion dan tidak dapat meneruskan banyak inisiatif atau program.

Cukuplah Guan Eng dengan sandiwara dan pembohongan mu.

Post a Comment

7 Comments

  1. hahahaha... nanti kit siang pula nasihat guan eng. jgn layan najib

    ReplyDelete
  2. Guan Eng tanya najib, Najib tanya Guan Eng. Yang bingung machai

    ReplyDelete
  3. Daripada hal Najib seleweng 1MDB dan songlap RM2.6 bilion wang rakyat di situ masuk akaun bank nya (DoJ US pun kata "misappropriation of 1MDB funds and monney laundering), kita tahu lah bahawa wang yang hilang itu karenah Najib.

    Ke mana pergi duit yang hilang tu? Saya fikir Najib dan Rosmah ada berpuluyh akaun bank di banyak negara di Eropah dll di mana mereka simpan banyak wang. Bedebah mereka itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3.5 J selamba jer diaorg byr. pengikut jer tertipu. xkn jho low xtolong

      Delete
  4. Duit Jho Taek masuk melalui orang tengah pun mesti di awasi pihak berkuasa.

    Setuju dgn pendapat Najib masih ada bertimbun wang di akaun2 di luar negara. Di beri kuasa kpd bank bayar kpd penama dia yang bawak balek ke negara ini selepas mendapat nya.

    Cara bawak cash atau bayar kpd syarikat di luar negara, ambik cash dari cawangan nya di Malaysia.

    ReplyDelete