Mahathir - Tanah Atau Aset Lain Negara Mungkin Dijual Pada Rakyat Tempatan & Cukai Bakal Diperkenalkan


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenal cukai baru bagi menambah pendapatan negara.

Beliau berkata langkah itu adalah antara beberapa langkah yang akan diambil bagi mengurangkan hutang negara yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

"Ia adalah satu bentuk cukai yang berbeza tetapi ia (secara tidak langsung) dapat mengurangkan beban rakyat.
"Itulah tujuannya, untuk membayar hutang kerajaan," kata Mahathir kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pembukaannya di forum A New Dawn di Kuala Lumpur pagi ini.

Terdahulu, dalam ucapan beliau, Mahathir berkata beberapa langkah lain akan turut diambil kira termasuk kemungkinan menjual tanah kerajaan atau aset lain.

"Kerajaan terdahulu menjual banyak tanah kepada orang asing, saya tidak fikir ini bagus untuk kita.
"Tetapi kita boleh menjual tanah kepada penduduk tempatan," katanya.

Sumber : Malaysiakini

Post a Comment

1 Comments

  1. Siapakah rakyat tempatan bakal membeli aset negara? Apakah penjualan akan dibuat secara terbuka atau direct nego ?

    ReplyDelete