Menteri Kata Kesan SST Belum Ketara, Tunggu Ketara Ke?

Selepas 2 3 tahun melaksanakan GST dan rakyat dapat adaptasi sistem GST tersebut walaupun dalam keadaan paksa rela. Semasa pru14, kesan GST tidaklah terlalu ketara berbanding isu rasuah dan 1mdb yang menjatuhkan BN. Selepas memahami GST, rakyat cuma meminta sesetengah barangan dikecualikan GST.

Tetapi selepas pru14, demi mengotakan janji GST terpaksa dihapuskan. Semasa freetax zone, hanya segelintir peniaga menurunkan harga barang dengan gst tidak dikenakan. Mungkin ramai mengambil kesempatan membeli barangan secara borong sebelum membuat kenaikan 10% selepas SST dijalankan. Katanya harga kek secret recipes juga telah berbeza harga semasa GST dan SST.

Kerajaan selalu memantau! Ayat yang jelik untuk didengari sejak dari dulu lagi. Tapi tindakan selepas aduan dan pemantauan seolah sunyi. Harap kerajaan baru dapat imbangkan antara memantau dan mengambil tindakan pantas.

Malaysiakini | Kesan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap harga barangan masih belum ketara kerana ia di peringkat awal pelaksanaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata harga barangan dijangka akan mengalami impak selepas stok barangan yang dikeluarkan pada September berada di pasaran.

"Memandangkan SST masih di peringkat awal, impak cukai jualan itu masih belum ketara. Bagaimanapun, kita akan terus membuat pemantauan pergerakan harga barangan keperluan pengguna di pasaran bagi memastikan harga yang dikenakan adalah berpatutan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) yang ingin tahu mengapa harga jualan barang masih tinggi walaupun sistem cukai bertukar dari Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada SST.

Katanya, tindakan penguatkuasaan yang rapi menerusi pemantauan dan pemeriksaan harga dilaksanakan sepanjang masa ke atas semua premis perniagaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan peniaga tidak mengeksploitasi harga barangan.

"Kementerian juga akan sentiasa peka terhadap aduan pengguna mengenai isu kenaikan harga barangan berikutan pengenalan semula cukai SST ini," katanya.

Katanya, pihaknya telah memperkenalkan saluran aduan menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 019-2794317 yang telah mencatatkan sebanyak 11,178 mesej aduan sepanjang September lalu

Post a Comment

2 Comments

  1. bak kata menteri sebelum ni. pembangkang apa tahu. sekarang pembangkang jd kerajaan. baru tahu erti penyesalan

    ReplyDelete
  2. kah kah kah

    Masa freetax 3 bulan. tokey cina dh borong kaw2. sekarang dia dh untung byk maaaaa...

    Hujung tahun mahu melancong, tinggalkn melayu kt pejabat mengharap gaji minima 1500

    ReplyDelete