Tanpa menoleh ke pintu mahkamah, tanpa hirauan gertakan sprm. Najib nampaknya berseorangan membidas setiap kenyataan daripada menteri PH. Mungkin najib mempunyai masa terluang yang banyak untuk berterusan menghentam kerajaan PH. Apa yang lebih menarik perhatian, jika dulu najib menerima kecaman dalam setiap posting di facebook. Tetapi pada harini kebanyakkan komen tampaknya memberi adrenalin untuk najib berterusan membangkang berseorangan.

Tetapi, setiap hujah yang diberikan najib nampaknya masih belum mampu menggugat kepercayaan rakyat kepada kerajaan PH. Jika situasi ini berterusan sehingga pru15 dan tiada serangan balas daripada pihak kerajaan, mungkin suatu pertembungan paling epik boleh dilihat pada pru15 nanti.

Najib Razak | Lucu.

Yang jelajah seluruh Malaysia dulu kata negara nak bankrap dan keadaan tenat, mereka.

Yang kata kerajaan mampu hapus tol, turun harga minyak dan macam-macam lagi, mereka.

Sekarang ni keluar pula kenyataan kata bahawa masa PH buat manifesto, mereka ingat kewangan negara cukup untuk hapus tol.

Setiap tahun bajet dan kewangan negara dipapar kepada tatapan umum dan ahli Parlimen sudah tentu akan ada salinan dokumen. Ataupun boleh buka browser dan Google cari maklumat tersebut di laman rasmi kerajaan.

Mereka tahu. Malah ramai pemimpin mereka bekas pemimpin kerajaan BN.

Jadi mana satu penipuan yang mereka nak terus tegakkan sekarang? Kalau negara nak bankrap dulu, macam mana mereka boleh terfikir nak hapuskan tol?

Amat menyedihkan apabila mereka kini minta rakyat berkorban dan lupakanlah manifesto mereka.

Demi siapa?

Selepas menang kuasa di tangan dengan penipuan, mereka kini selesa.

Apakah kita terima begitu sahaja?