Nak Kahwin Gadis Johor Bawah 18 Tahun Perlu Kelulusan Menteri Besar Atau Ketua Menteri


Kenapa perkahwinan perlu dibuat had umur. Bukankah ia satu diskriminasi terhadap nafsu seks samada lelaki atau perempuan. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Secara normal jarang kita tanya gadis yang umur 18 tahun pada hari ini bersedia untuk berumah tangga, malah mereka lebih bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dan menjadi golongan profesional yang berguna untuk masyarakat. Perkahwinan awal tidak menjanjikan kebahagiaan dan begitu juga perkahwinan lewat tidak menjanjikan pasangan itu sangat tenang dan fahami lumrah alam perkahwinan.

Semua terletak atas kebolehan pasangan untuk menyesuaikan diri dan memahami pasangan masing-masing. Mungkin berkahwin muda, mereka mempunyai lebih masa untuk mengenali dan meluangkan masa bersama. Tetapi perasaan boring semestinya tidak dapat dielak dan itulah ujian yang paling besar untuk setiap pasangan.

AstroAwani | Had umur perkahwinan di Johor ditetapkan minimum 18 tahun bagi lelaki dan perempuan beragama Islam dan bukan Islam seperti diselaraskan peringkat pusat.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata sebelum ini, usia perkahwinan di negeri ini dibenarkan minimum 18 tahun untuk lelaki manakala 16 tahun untuk perempuan.

Beliau berkata bagaimanapun, perkahwinan di bawah 18 tahun masih boleh diberi kelonggaran untuk dilakukan dengan mengikut alasan munasabah selain perlu mendapat kelulusan menteri besar.

"Dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang lepas (16 Okt di Putrajaya), kita (kerajaan) sudah tetapkan perkahwinan tidak kira Islam atau bukan Islam berumur 18 tahun ke atas tetapi boleh diberi kelonggaran, mestilah munasabah.
"Dibolehkan juga berkahwin di bawah umur 18 tahun tetapi dengan mendapat kelulusan menteri besar atau ketua menteri," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perdana Belia Negara 2018 peringkat Johor di sini pada Ahad.

Osman berkata had umur minimum 18 tahun tersebut juga sudah dibincangkan dengan Peguam Negara.

Post a Comment

2 Comments

  1. kata di selaraskan dengan pihak pusat bagaimana hendak diselaraskan dg pihak pusat sedangkan pihak pusat sendiri tahu dia tidak punyai kuasa menetapkan had umur betkahwin kerana kuasa terletak dibidang kuasa agama negeri .kerajaan bolih mencadangkan tapi tak bolih menguatkuasakan.

    ReplyDelete