Header Ads

Nasib Wak Zahid - Harini 9jam, Esok Sambung Lagi...


Sudah banyak kali wak zahid dipanggil sprm untuk disoal siasat, namun apa yang disoal tidak dimaklumkan. Kita tunggu hasil siasatan sprm, mungkinkah akan ada kejutan baru. Katanya, anak dan menantu wak juga dipanggil sprm untuk disoal siasat.

Malaysiakini | Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selesai memberikan keterangan selama sembilan jam kepada SPRM hari ini. Beliau beredar dari ibu pejabat SPRM di Putrajaya itu pada jam 6.10 petang.

Walau bagaimanapun Zahid enggan mendedahkan sebarang maklumat berhubung sesi itu dan hanya mengesahkan beliau akan hadir sekali lagi esok untuk memberi keterangan kepada SPRM.

“Saya tidak berhasrat untuk membuat sidang akhbar, cuma saya berasa lega atas kesetiaan rakan-rakan media yang menunggu saya walaupun dalam hujan,” katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya, hari ini.

Ketika ditanya sama ada beliau akan hadir lagi esok untuk memberi keterangan, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, “Saya akan hadir lagi esok, waktu atas permintaan saya ”.

Beliau kemudian terus memasuki keretanya yang sedia menunggu dan beredar.

Ini adalah hari kedua berturut-turut Zahid diarahkan hadir untuk disoal. Semalam beliau memberi keterangan selama lapan jam kepada SPRM selain dipanggil untuk kali pertama dan kedua pada 2 dan 3 Julai lalu.

Terdahulu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 9.15 pagi untuk membantu siasatan terhadap pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan jenayah pecah amanah.

Seorang penyiasat kanan SPRM memberitahu Malaysiakini bahawa kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Walau bagaimanapun, sumber itu enggan mengesahkan jika siasatan itu berkaitan dengan dakwaan penyelewengan dana milik Yayasan Akal Budi, atau derma RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan oleh kerabat diraja Arab Saudi ke dalam akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi pada petang tadi mengesahkan bahawa Zahid diarahkan supaya hadir hari ini untuk meneruskan rakaman pernyataannya.

"Kami juga panggil menantunya untuk membantu siasatan," kata Azam kepada Malaysiakini.

Adalah dipercayai Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang juga suami Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

Namun apabila diminta mengulas, Azam sekadar berkata: "Sudah tentu, apabila seseorang dipanggil ke SPRM, ia adalah untuk membantu siasatan dan kesalahan adalah di bawah Akta SPRM 2009, dan mungkin berkaitan dengan sesetengah kesalahan jenayah."

Azam enggan mengulas lanjut.

1 comment: