Rosakkan Usaha Bekas Presiden PAS

Kenyataan yang paling tidak digemari oleh penyokong PAS, mungkin mereka hanya membaca tajuk dan kekal setia pada presiden walau apa pun terjadi. Demi mereka asalkan PAS tetap mengatakan demi islam, sudah tentu penyokong PAS tidak akan berganjak.

PAS ketika era TGNA telah cuba keluar daripada kepompong kemelayuan islam dengan cuba memasuki kawasan bukan islam untuk menunjukkan kebolehan parti islam meneraju bangsa dan agama lain merentasi sempadan bangsa. Tetapi setelah ketiadaan TGNA, PAS kembali kepada landasan lama. Mungkin PAS hanya berminat untuk menjadi pembangkang baharu bersama UMNO ketika pru15 dan mengharapkan tsunami melayu islam.

Malaysiakini | Lim mengulas komen Hadi yang berkata jumlah keluar mengundi yang rendah menunjukkan protes terhadap HARAPAN.

"Saya amat tertarik dengan kenyataan Hadi yang berkata jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah menandakan HARAPAN dihukum kerana tidak dapat menunaikan janji pilihan raya umumnya dan sokongan terhadap gabungan parti pemerintah itu merosot.

"Hadi berhak pada igauannya kerana beliau seolah-olah sudah beperangai seperti sifat Datuk Seri Najib Razak selepas beliau bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu yang terus-terusan merayan (halusinasi).

"Hadi lebih patut risau dengan kemerosotan sokongan terhadap PAS dan prestasi parti itu yang tidak begitu baik berbanding HARAPAN, selepas PAS menguncup daripada menjadi parti nasional dengan wakil rakyat di seluruh Semenanjung Malaysia dan kini hanya menjadi sebuah parti wilayah yang selesa di negeri-negeri Melayu pantai timur, Kedah dan Perlis," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.


Rosakkan usaha bekas presiden PAS

Hadi telah merosakkan kecemerlangan usaha bekas presiden PAS terdahulu seperti allahyarham Datuk Fadzil Noor, Yusof Rawa dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menyantuni kaum, agama dan wilayah lain, jelas Lim lagi.

Anggota parlimen Iskandar Puteri juga berkata kemenangan Anwar mendapat 71.3 peratus undi popular itu lebih tinggi berbanding Najib di Pekan dengan 62 peratus, Hadi di Marang yang memperolehi 59.3 peratus, Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi di Bagan Datuk yang mendapat 51.4 peratus dan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dengan 43.98 peratus undi popular di Ayer Hitam.

Menurut Lim keputusan PRK PD menunjukkan HARAPAN terus cemerlang dalam membina 'Malaysia baru'.

"Pada pilihan raya kecil Port Dickson, HARAPAN berjaya menang di banyak daerah mengundi Melayu yang merupakan petanda masa depan yang cerah," katanya.

Post a Comment

7 Comments

  1. Selagi presiden tidak bertukar, pas kekal dgn gaya lamanya

    ReplyDelete
  2. Nk tukar Presiden, kena tunggu Hj Hadi mimpi jumpa Rasulullah dulu...

    ReplyDelete
  3. iblis atau dulunya azazil sgt patuh pada Allah....tetapi bila Allah uji dgn suruh sujud pd Adam lantas terus dia menderhaka pd Allah di sebabkan rasa ego...ujub..riak...begitu juga dgn manusia kalau sorang sorang xde apa nk di egokan...tetapi bila ada pesaing maka mulalah ujud sifat mazmumah tersebut....begitulah kebykan kita termasuklah haji Hadi...ashik melihat keburukan org lain sampai terlupa yg diri tu ujub..ego..riak..

    ReplyDelete
  4. Dh 2 prk kalah. 1 dun 1 parlimen. Tp msh nk salahkn org lain.

    ReplyDelete
  5. Skg ni..tuang presiden ni ada setiausahan politik atau penashat ke tidak.. Sbb kalau tgk riaksi2 dia.. apa yg di ucap main tabur je..tanpa dia sedar kesan sesuatu ucapan.itu tugas setiausaha dan penasihat politik..tuang presiden kekal sebagai presiden pas sbb ada taitel naib ulamak dunia..tu yang rasa tuang presiden naik lemakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke org berani tegur dia?

      Delete