Header Ads

Semangat Hishammuddin Berkobar Mahu Cari Jho Low


Astro Awani | Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menawarkan diri menjejaki ahli perniagaan Low Taek Jho yang kini dipercayai berada di China untuk dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Sembrong itu turut berkata, inisiatif tersebut atas kapasitinya sendiri dan bukan kerana diminta oleh Putrajaya.

“Ini atas peribadi. Saya tahu ia bukan mudah tapi tidak ada siapa dalam negara inu yang menafikan Jho Low ini tidak terlibat dalam kes 1 Malaysia Development Berhad," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

“Kalau kita nak kes ini tutup dan nama bersih semula, saya akan cari Jho Low, sampai ke lubang cacing saya akan cari,” tambahnya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan bahawa Putrajaya meminta bantuannya untuk menjejaki ahli perniagaan tersebut.

Hishammuddin turut berkata beliau akan ke China tidak lama lagi dalam usaha menjejaki Jho Low.

“Kita tengah berusaha. Saya tidak tahu sama ada beliau di China atau tidak, namun itu apa orang kata,
“Jadi, saya masih mempunyai hubungan baik dengan China, ada ‘networking’ saya akan bawa balik apa yang saya mampu buat.”
“Diminta Putrajaya atau tidak rakyat Malaysia mahukan kebenaran. Untuk dapatkan kebenaran ini tidak kisah sama ada kita pembangkang atau kerajaan.
“Jho Low ini merupakan individu yang sangat kritikal kita kena cari, dan perlu ada jawapan untuk negara boleh bergerak ke hadapan," tambahnya.

3 comments:

  1. hahahahahahahahaha

    ni ape lagi muslihat ni

    ReplyDelete
  2. Cari lorong untuk melarikan diri sebelum pasport ditahan oleh pihak berkuasa, itulah motif sebenar.

    ReplyDelete
  3. Kelakar la lu ni hisham...nak lari cakap la betul betul...nak buat trick kenkonon nak cari jolo pulak...hohoho...

    ReplyDelete