Sorakan Ahli Dewan - Tokpa Hadir Wakil Tunggal HARAPAN Dalam DUN Kelantan




Suara wakil rakyat Pakatan Harapan akhirnya kedengaran di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan apabila Adun Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed mencelah semasa Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjawab soalan pertama sesi pagi sidang dewan.

Mustapa yang kini 'berhijrah' ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengucapkan terima kasih kepada Speaker, Datuk Abdullah Yaakub kerana meluluskan cutinya walaupun
akhirnya hadir pada hari ketiga sidang DUN hari ini.

"Saya juga meminta maaf kepada Menteri Besar kerana tidak mengkuti ucapan pembentangan belanjawan.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli dewan yang memberi teguran dan nasihat berikutan penghijrahan saya," katanya dalam persidangan DUN di sini hari ini.

Ahmad kemudiannya mengucapkan selamat berhijrah dan ucapan selamat berjaya kepada Mustapa sebelum diikuti sorakan ahli dewan.


UTUSAN

Post a Comment

2 Comments

  1. kahkahkah

    TeamTokpa dah lakukan perubahan

    ReplyDelete
  2. PH hantar org paling cerdik masuk DUN kelantan

    ReplyDelete