SPRM Tangguh Lagi ?

Kenapa perlu tangguh, siarkan mengikut masa dan maklumkan ahli kabinet dan ahli parlimen mana yang tidak membuat pengistiharan. Jika mereka dalam kerajaan, mereka sepatutnya patuh kepada arahan pentadbiran. Mereka memegang tampuk jawatan hanya untuk tempoh 5 tahun sahaja. Jika tiada penegasan daripada SPRM, macam mana mahu kendalikan kes yang membabitkan ahli kabinet dan ahli parlimen itu sendiri.

FMT | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangguhkan penyiaran senarai harta anggota Kabinet dan Ahli Parlimen di portalnya sekali lagi.

Menurut sumber, tidak semua yang terbabit telah mengisytiharkan harta mereka.

“Jadi kita berikan mereka masa hingga akhir bulan ini.vMudah-mudahan ia dapat diumumkan pada 1 Nov depan,” kata sumber yang enggan dikenali itu kepada FMT.

Bulan lepas, SPRM menangguhkan penyiaran senarai tersebut daripada 1 kepada 15 Okt.

Ketua pesuruhjaya badan itu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, langkah itu bagi membolehkan semua Ahli Parlimen dan anggota Kabinet menyerahkan perisytiharan harta mereka kerana tidak semua telah berkhidmat lebih 3 bulan.

Senarai itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan SPRM sebelum disiarkan di laman web badan berkenaan.

Buat masa ini langkah perisytiharan harta tidak melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pemimpin di peringkat negeri.

Post a Comment

3 Comments

  1. kena hantar dulu kt atuk. atuk buat tapisan dlu. pakat2 baik la dgn atuk. bleh kotim

    ReplyDelete
  2. Tak payah buat jela.. Mcm susah jer nk antoo

    ReplyDelete