Tunggu Kewangan Sihat Untuk Realisasi Mimpi Rakyat Malaysia (Hidup Tanpa Tol)


HMetro | KERAJAAN tidak akan menghapuskan lebuh raya bertol sehingga keadaan kewangan negara kembali stabil dan sihat.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata, dasar kerajaan ketika ini amat jelas untuk tidak menghapuskan tol di lebuh raya di negara ini.

"Saya ingin menyatakan sekali lagi bahawa dasar kerajaan jelas dan kita tidak akan menghapuskan tol sehingga keadaan negara ini dipulihkan dan kembali sihat.
"Mengenai soalan sama ada rakyat Malaysia bermimpi (hidup tanpa tol), itu terpulang kepada rakyat tetapi sekali lagi saya jelaskan dasar kerajaan ialah tidak menghapuskan tol sehingga keadaan kewangan negara sihat," katanya di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) berhubung manifesto Pakatan Harapan (PH) yang mahu menghapuskan tol dan adakah rakyat sekadar bermimpi untuk tinggal di negara tanpa tol.

Post a Comment

4 Comments

  1. kalau tak sihat kena hantar hospital xni?

    ReplyDelete
  2. Yg senak perut mahachai nk menjwb dgn penyokong atas pagar.. hahahahaha

    ReplyDelete
  3. WAKAKAKAKAKAKAKAKAKA

    ReplyDelete
  4. Sesiapa yang fikir bila mula merintah saja tol akan di buang tentu lah tak waras pemikiran.

    Manifesto PH pun tak kata begitu - tak immediate. Mesti ada syarat. Perlu tunggu keadaan kewangan kerajaan.

    ReplyDelete