Wajarkah Mahathir Letak Jawatan Kerana Pemandu Teksi ?


Jika ditanya, adakah anda berpuashati dengan servis teksi pada hari ini. Kami rasakan jawapan tidak lebih tinggi daripada bersetuju. Dengan charge yang dikenakan tinggi daripada GRAB dan menggunakan alasan sukar untuk beralih kepada GRAB adalah suatu yang tidak masuk akal dan sukar diterima oleh generasi baru. Teknologi dicipta untuk memudahkan, kenapa perlu terus kepada perkara sama.

Teksi juga dikatakan mengenakan harga yang berbeza mengikut masa, atas alasan sebab malam dan pelanggan kurang. Itu belum termasuk menipu pelanggan dengan melalui jalan jauh. Berbeza dengan GRAB yang mengenakan harga yang boleh dilihat oleh pelanggan dan menunjukkan jalan yang perlu dilalui.

Kami rasakan, adalah lebih baik kerajaan mansuhkan syarikat teksi yang sedia ada dan membina satu rangkaian GRAB baru yang lebih compatible dengan kedua situasi antara syarikat teksi dan GRAB disamaratakan dibawah satu entiti ataupun entiti pelbagai. Mereka juga tidak perlu lagi beroperasi mengikut kawasan malahan bebas bergerak ke mana sahaja.

Malaysiakini | Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan rasa kecewanya dengan sikap pemandu teksi yang enggan mendengar penjelasannya berkaitan isu e-hailing.

Kejadian itu berlaku apabila kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu sesi dialog yang diadakan bersama perdana menteri di Langkawi.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan Grab yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan mereka, lapor Berita Harian.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan...saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.
“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara...orang panggil balik, jadi saya datang.
“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sebelum kejadian itu, Dr Mahathir berkata Grab akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan dan membayar insuran serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan yang adil.

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam kabinet. Saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.
“Saya akan usaha lagi, saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan Grab, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi,” katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan majlis perjumpaan itu kecoh apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.

Sekitar 10 pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.

Kekecohan itu berlaku sekitar dua minit sebelum reda.


Post a Comment

8 Comments

  1. Tak perlu layan puak ni. zaman BN pn buat hal. Ni pn buat hal. Gila apa nk hapuskan GRAB yg bagi keuntungan tinggi pada negara. Berapa ramai yg mampu dpt duit lebih daripada GRAB.

    Harapkn TEKSI, hampeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka pn mengundi jugak bro

      Delete
    2. dlu time BN buat, smua ko kondem. skrng sdiri hadap. kena maki2 lagi.

      Delete
  2. Tak payah layan geng teksi yg suka kenakan charge ikut suka hati mak bapak dia. ada meter pn xbukak.. xpn meter laju gilerrrr

    ReplyDelete
  3. golongan teksi ni bleh dikatakan menghasut. sambil2 bawak teksi, sambil menghasut kalau yg anti kerajaan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

    Tuan-tuan, saudara dan saudari,

    Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan yang diperintah Tun Dr. Mahathir anggap kita pemandu teksi sebagai orang yang biadap.

    Tuan-tuan, di media sosial kini penyokong-penyokong Pakatan Harapan galak memberi pelbagai label untuk kita pemandu-pemandu teksi.

    Kita digelar orang yang busuk, gasar, kita orang yang biadap dan pemandu teksi dikatakan bodoh kerana tidak ikut pada arus perubahan teknologi.

    Tidak cukup kita dihina mereka memperlekehkan teksi kononnya tidak tahu teksi wujud sejak muncul sistem e-hailing seperti Grab, Uber.

    Tanya diri tuan-tuan sendiri, adakah kita bodoh, biadap seperti mereka katakan?

    Kita pemandu teksi sudah bertapak berpuluh tahun, di kalangan kita ada yang anak-anak sudah membesar dan berjaya melanjutkan pelajaran hasil titik peluh kita membawa teksi.

    Tuan-tuan, bila penyokong Kerajaan galak memburuk-burukkan kita di media sosial lama-lama orang ramai tidak mahu guna perkhidmatan teksi.

    Sedarlah ini bukan saja tabur pasir dalam periuk nasi tapi seolah-olah mahu merampas periuk nasi kita.

    Kita ada persatuan, kita juga ada koperasi, bukan saja di KL tetapi di seluruh negara.

    Sampai bila kita pemandu teksi mahu berdiam diri dan membiarkan Kerajaan yang memerintah belum sampai setahun jagung ini memburukkan kita?

    Kita akan lumpuhkan bandar Kuala Lumpur!

    Kita bermula di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

    Tarikh dan masa akan diberitahu. Mohon tuan-tuan dan saudara semua panjangkan mesej buat kumpulan pemandu-pemandu teksi di KL.

    Kita bukan mahu menyusahkan rakyat daripada jalani rutin harian tetapi kita mahu desak Kerajaan berunding dengan kita.

    Terima kasih.

    Jamil Mat Desa
    Pengerusi
    Koperasi Pemandu Teksi Wilayah Persekutuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. eloklah. menyusahkn org lain. teksi mmg selalu menyusahkan.

      Delete
  5. Masalah ini mula-mula terjadi bila menteri bongkak lantikan madey kutty sendiri (menteri pengangkutan) tak mahu bersemuka dengan persatuan teksi. Bagaikan api dicurah petrol, datang seorang lagi cina babi dapig menggalakkan grab menggantikan pengguna bas perantara di stesen lrt, mrt, komuter dsb. Perkhidmatan teksi langsung tak disebut bahkan cina dapig berkenaan memuji-muji perkhidmatan grab.

    Bila mereka jumpa madey kutty memang itu je la cara yang paling sopan pemandu-pemandu teksi tunjukkan. Ajar anak buah berbicara dengan baik sebelum kami mahu berbicara molek dengan kamu. Salah ke cara begitu? Bukan itu yang diterapkan oleh penyokong-penyokong kerajaan ketika mereka bergelar pembangkang dulu? Adil la kan...

    ReplyDelete