Persoalannya, apakah segala jenayah di malaysia dibelakangi golongan agamawan ataupun memang wujud golongan sedemikian yang memberi tekanan kepada polis malaysia. Apakah Islam dimalaysia mengajak umatnya termasuk yang berlakon dalam filem polis evo untuk memberontak, membeli senjata, menjual senjata dan melakukan serangan hendap kepada anggota kerajaan.
Perlukah kita menunjukkan kepada anak kita seolah meraka yang berserban adalah golongan pengganas yang mampu menggugat anggota keselamatan negara.
Jika kita melihat pada halaman wikipedia, Polis Evo directed by Joel Soh. Apakah Joel Soh cuba menyemai jarum halus untuk membenci golongan serban. Menunjukkan seolah mereka adalah pengganas malaysia,
Malaysiakini | Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Riduan Md Nor hari ini menggesa rakyat Malaysia memboikot filem Polis Evo 2 yang kini ditayangkan di pawagam.
Beliau mendakwa filem itu cuba memberi imej buruk kepada Islam dan tindakan boikot itu boleh memberi pengajaran kepada mereka yang terlibat dalam filem itu.
Apabila saya membaca sinopsis filem (Polis) Evo 2 yang diarahkan pengarah suam-suam kuku yang cuba memalitkan imej buruk pada umat Islam, maka saya mengajak rakyat memboikot filem sampah ini.
Berikan pengajaran kepada penerbit, pengarah bahkan pelakon yang berada dalam industri seni negara ini, hargailah nikmat keamanan negara dan hormatilah perasaan umat Islam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Filem bergenre aksi komedi itu mengisahkan tindakan polis membanteras sekumpulan pengganas yang menduduki sebuah pulau terpencil, bersama beberapa ratus penduduk.
Konflik timbul apabila kumpulan itu - diketuai Hafsyam Jauhari lakonan Hasnul Rahmat - menjadikan penduduk pulau itu sebagai tebusan.
Menerusi trailer yang dimuat naik di Youtube:
Hafsyam dilihat mengenakan serban dan memberikan ceramah berbentuk agama. Dia juga dipaparkan mendesak polis memulangkan seorang individu bernama "Imam Husyairi".
Mengulas lanjut, Riduan berkata memaparkan Islam sebagai agama pengganas bukanlah perkara baru di luar negara, tetapi beliau mempersoalkan mengapa filem tempatan juga perlu mengikut jejak langkah sama.
"Kini industri filem Malaysia juga terjebak dalam naratif jelik menyudutkan Islam sebagai pemicu keganasan.
"Dalam drama Melayu, watak antagonis bertudung labuh, berjubah dan meminta serban sejak dekad 1980-an melatari drama dan filem Melayu. Tajuk seperti Fenomena, Guru Yahya dan puluhan yang lain adalah memualkan intelek," katanya lagi.
Pengajaran dari Mesir
Beliau mengambil pengajaran sebuah filem Mesir bertajuk Irhabi yang memaparkan watak seorang imam sebagai pengganas yang akhirnya gagal di pawagam kerana diboikot orang ramai.
Filem tersebut diterbitkan pada 1994 menampilkan pelakon terkenal negara itu, Adel Imam.
"Watak antagonis ini disolek dengan lebam hitam pada dahinya...susuk seorang pengganas ini diwajahkan dengan berpakaian serban, berjubah dan antisosial."
Katanya, bantahan orang awam serta ancaman golongan radikal menyebabkan filem itu tidak mendapat sambutan.
"Selepas kegagalan filem propaganda itu, penerbit filem di Mesir lebih berhati-hati berkenaan sentuhan pada ajaran Islam dan watak berpakaian agama...penggiat filem (di negara itu) telah belajar sesuatu, menghormati Islam dan penganutnya.
"Ayuh buktikan, rakyat Malaysia. Tolak perlecehan kepada mana-mana agama. Diam kita akan membenarkan kebejatan mereka," katanya lagi.
7 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete