Idea yang tidak membangun malah memberi tekanan kucar kacir kepada rakyat malaysia. Jika tandatangan diteruskan tidak mustahil boleh berlaku demostrasi secara besaran yang boleh menggugat keharmonian negara. Persoalannya, apakah rakyat malaysia sentiasa ditindas. Apakah segala bentuk perkara penuh dengan diskriminasi kaum di malaysia. Apakah terdapat sekatan untuk kaum lain berniaga atau membeli hartanah.
Walaupun majoriti rakyat menyatakan bantahan dan Perdana Menteri sendiri menyatakan ICERD tidak sesuai dilaksanakan dimalaysia, P Waythamoorthy tetap berkeras untuk mengkaji dan seolah tetap mahu melaksanakan. Apakah mereka lupa, gelombang melayu telah meruntuhkan pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional.
[Artikel Berkaitan : Ketua Pemuda Amanah - Hentikan "Sekolah Vernakular" Sebelum Bercakap Soal Ratifikasi iCERD]
Astro Awani | Tiada jangka masa yang ditetapkan oleh kerajaan bagi meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.
Beliau berkata ketika ini, kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional bakal mengadakan proses konsultansi dengan semua pihak berkepentingan termasuk pakar dari dalam dan luar negara. Katanya proses konsultansi itu akan diadakan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun depan.
Memandangkan tidak ada penjelasan penuh dibuat sebelum ini maka kerajaan akan mengambil pendirian pro aktif untuk mengadakan proses konsultasi ia melibatkan mengambil pandangan dalam dan luar negara dari sudut perundangan dan pandangan intelektual agar proses ratifikasi tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Langkah konsultansi perlu dibuat sebelum kerajaan mencatur sebarang keputusan muktamad berhubung ratifikasi. Dalam proses ratifikasi ini tidak had tempoh masa yang ditetapkan kerajaan," katanya pada Sidang Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman.
Pada masa sama beliau turut memberi jaminan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan dimansuhkan dengan ratifikasi ICERD.
Langkah untuk meratifikasi ICERD sebelum ini mendapat bantahan daripada pembangkang yang mendakwa ia menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberi amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak menyalahgunakan Parlimen untuk meluluskan ICERD.
Tun Mahathir Tidak Setuju ICERD
Presiden BERSATU Tidak Setuju ICERD
4 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Delete