Jutaan ringgit dana yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disembunyikan di Hong Kong dan Singapura, dakwa editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Tambahnya perincian mengenai perkara berkenaan dijangka didedahkan tidak lama lagi susulan siasatan yang kini giat dilakukan pihak berkuasa.
Memetik laporan South China Morning Post, Clare berkata banyak dana yang diseleweng disembunyikan di Hong Kong.
“Saya tidak tahu bagaimana rahsia ini boleh disembunyikan lagi,” katanya ketika menghadiri majlis melancarkan buku berjudul “The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose” di Kelab Wartawan Luar, Hong Kong.
“Saya fikir masih ada banyak rahsia mengenai 1MDB akan terbongkar di Singapura dan mungkin Malaysia akan cuba mempercepatkan perkara berkenaan," katanya.
Claire juga percaya banyak perjanjian yang diadakan oleh 1MDB dilakukan di Singapura.
1MDB kini disiasat oleh sekurang-kurangnya enam negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan Switzerland.
Ini adalah perkembangan terbaharu yang mengaitkan 1MDB dengan Singapura selepas wujud dakwaan yang mengaitkan urus niaga 1MDB dengan Perdana Menteri republik berkenaan.
Semalam, Suruhanjaya Tinggi Singapura menangkis dakwaan yang dibuat menerusi sebuah artikel dalam talian yang mengaitkan kes berkenaan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsein Loong.
Dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada Khamis, ia berkata perjanjian antara Malaysia dan Singapura mengenai air dan projek rel berkelajuan tinggi (HSR) dibuat antara Datuk Seri Najib Razak dan Hsein Loong ebagi memudahkan usaha bank-bank Singapura untuk mengubahkan dana 1MDB.
Astro Awani
0 Comments