Saya bersyukur dengan langkah tidak semena-mena Kerajaan Kelantan menarik balik larangan memasuki Kota Darul Naim ke atas sebilangan orang termasuk saya dan Cik Gu Wan Abdul Rahim.

Ternyata langkah sekatan itu tidak bersandar kepada undang-undang. Ia adalah tindakan politik untuk mengacau hak kebebasan mangsa-mangsa serta cubaan untuk memalukan pihak terlibat.

Saya dengan ini menggesa Kerajaan Kelantan memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi atas aib yang ditimpakan kepada semua pihak berkaitan,  termasuk Pengerusi Amanah Kelantan, Tuan Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Jika tidak, mungkin saman malu dan tuntutan ganti rugi boleh difailkan oleh pihak-pihak berkenaan.

Sekian.

Husam Musa
29 November 2018