Nikah Bawah Umur Satu Keperluan Di Kelantan.. Hahaha



Mendapat dara muda itu satu anugerah mungkin. Tidak dinafikan dalam islam tidak melarang, tetapi dengan melihat situasi sekarang dan semakin ramai kanak-kanak dipergunakan untuk tujuan seks semata-mata, kami rasa ia bukanlah satu keperluan hidup tetapi lebih kepada keperluan nafsu. Tetapi jika ia berkahwin atas dasar betul rasanya tidak salah asalkan segala tanggungjawab dan keperluan isteri dapat dipenuhi dan tidak dizalimi.

Masalahnya, mereka yang menjadi isteri muda kebanyakkan menjadi isteri no.2 3 dan bukannya isteri pertama. Kita bukan lagi berada pada era 60an 70an dimana isteri hanya berada dirumah dan suami bekerja. Ketika itu juga ramai anak gadis berkahwin muda. Berbeza dengan zaman kini yang menuntut isteri membantu dari segi kewangan walaupun ia adalah tanggungjawab suami. Berikutan taraf hidup yang berubah dan persekitaran berubah, semestinya situasi berkahwin awal tidak lagi sesuai sekiranya mental gadis tersebut belum bersedia menghadapi alam perkahwinan.

Dari sudut pandangan lain, berkahwin sebenarnya mampu mengekang perkara maksiat. Ditambah lagi pada usia 16 & 17 tahun, boleh dikatakan nafsu mula membuak pada ketika itu. Sukar ditafsirkan untuk mengatakan keburukan, ini kerana kehidupan boleh berubah dengan keinginan individu tersebut mahu mengubah sesuatu. Tidak semestinya berkahwin awal maka kehidupan mereka kelam dan tidak semestinya berkahwin lewat selepas mendapat segalanya adalah satu jaminan kebahagian di alam perkahwinan.

Pendapat aku, bagi dibawah 18 tahun persetujuan ibubapa antara kedua pihak dan kerajaan memperuntukkan satu undang-undang untuk menjamin gadis tersebut akan terbela dari segi pelajaran, keperluan tempat tinggal & suami & isteri perlu melaporkan kepada pejabat agama situasi semasa sehingga umurnya mencecah 18 tahun.

Post a Comment

4 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete